Bermula dengan C : Hello World

Tuesday, October 18th, 2011

Untuk bermula dengan C, saya mencadangkan Dev-C++ (Muat turun di sini). Ianya sebuah editor yang sudah dilengkapi dengan compiler minGW. Jadi anda hanya perlu muat turun dan install untuk membolehkan anda bermula dengan C.

Kita mulakan dengan membina projek C baru dengan Dev-C++ seperti ditunjukkan di bawah:

Masukkan kod hello world di bawah dan simpan sebagai main.c :

#include <stdio.h>
#include <stdlib.h>

int main(int argc, char *argv[])
{
  printf("Hello World \n");
  system("PAUSE");	
  return 0;
}

Untuk compile & run, tekan F9 atau pada menu, Execute -> Compile & Run. Sebuah tetingkap akan muncul seperti di bawah yang memaparkan mesej Hello World anda.

Penting diingatkan bahawa semua program C hendaklah mempunyai fungsi main. Paling minimum adalah seperti berikut:

int main(void){
 
  return 0;
}

Untuk memaparkan output di dalam tetingkap DOS, kita menggunakan fungsi printf.

printf("Hello World \n");
Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under:

ABOUT THIS AUTHOR

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

Leave a Reply

Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu