Pembolehubah (variable) dalam C

Tuesday, October 18th, 2011

Dalam C, pembolehubah adalah sebuah lokasi blok memori yang boleh diberikan nama (atau identifier) dan juga boleh diberikan nilai. Jika kita mahu menerangkannya secara ringkas, kita boleh umpamakan ia sebagai sebuah kotak.

Jadi jika kita menambah satu pembolehubah seperti berikut:

int jumlah_harga = 100

Dalam analogi kotak saya tadi, kita akan mendapat kotak berikut:

Satu lagi contoh, kali ini dengan 3 pembolehubah.

int proses;
int bilangan = 0;
int jumlah_harga = 100;

Lokasi kotak-kotak ini di dalam memori bukanlah ditentukan oleh kita tetapi oleh unit memori sistem tersebut. Dan lokasi ini tidak dijanjikan sama setiap kali anda menjalankan program anda.

#include <stdio.h>
#include <stdlib.h>

int main(int argc, char *argv[])
{
  int proses;
  int bilangan = 0;
  int jumlah_harga = 100;
 
  printf("lokasi variable proses -> %p \n", &proses);
 
  printf("nilai variable bilangan -> %d \n", bilangan);
  printf("lokasi variable bilangan -> %p \n", &bilangan);
 
  printf("nilai variable jumlah_harga -> %d \n", jumlah_harga);
  printf("lokasi variable jumlah_harga -> %p \n", &jumlah_harga);
 
  system("PAUSE");	
  return 0;
}

———————————————————————-

Jenis-jenis pembolehubah
Terdapat beberapa jenis pembolehubah yang perlu kita ketahui.

  • char
  • int
  • float
  • double

Mereka berbeza dari segi nilai yang boleh dimasukkan ke dalam ruang memori pembolehubah tersebut. Sebagai contoh jenis char hanya bersaiz satu byte di mana ia hanya boleh menyimpan angka -128 hingga 127 sahaja. Dalam analogi kotak yang saya perkenalkan di atas, kita boleh menganggap terdapat pelbagai kotak dengan saiz yang berlainan.

Jadi jika kita menyimpan angka 129 di dalam pembolehubah berjenis char, ia akan menyimpan -127 dan bukan 129.

#include <stdio.h>
#include <stdlib.h>

int main(int argc, char *argv[])
{
  char c = 129;
 
  printf("nilai pembolehubah c %d \n", c);
 
  system("PAUSE");	
  return 0;
}
nilai pembolehubah c -127
Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under:

ABOUT THIS AUTHOR

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

Leave a Reply

Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu