Cakephp
ajax dan cakePHP
Posted on .Untuk menggunakan ajax dengan cakephp, kita perlu terlebih dahulu memuat turun prototype dan scriptaculous. Boleh sahaja untuk menggunakan framework javascript yang lain seperti jQuery atau ExtJs, konsepnya sama sahaja. Masukkan fail² prototype dan scriptaculous ke dalam folder /app/webroot/js anda.
Di dalam view, gunakan helper javascript untuk memasukkan kedua² library tadi:
link('prototype');
echo $javascript->link('scriptaculous');
?>
Peringatan : untuk membolehkan anda menggunakan $javascript di dalam view, pastikan anda memasukkan Javascript sebagai helper di dalam fail controller anda: (contoh)
Jika anda mahu melakukan link ini di dalam default.ctp (yang mana ia tiada fail controller yang khusus), anda boleh memasukkan code di atas di dalam fail app_controller.php yang terletak di /app/
Selamat mencuba!
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.