ajax dan cakePHP

Wednesday, November 25th, 2009

Untuk menggunakan ajax dengan cakephp, kita perlu terlebih dahulu memuat turun prototype dan scriptaculous. Boleh sahaja untuk menggunakan framework javascript yang lain seperti jQuery atau ExtJs, konsepnya sama sahaja. Masukkan fail² prototype dan scriptaculous ke dalam folder /app/webroot/js anda.

Di dalam view, gunakan helper javascript untuk memasukkan kedua² library tadi:

<?php
echo $javascript->link('prototype');
echo $javascript->link('scriptaculous'); 
?>


Peringatan : untuk membolehkan anda menggunakan $javascript di dalam view, pastikan anda memasukkan Javascript sebagai helper di dalam fail controller anda: (contoh)

<?php
class BooksController extends AppController {
    var $helpers = array('Html','Ajax','Javascript');
}
?>

Jika anda mahu melakukan link ini di dalam default.ctp (yang mana ia tiada fail controller yang khusus), anda boleh memasukkan code di atas di dalam fail app_controller.php yang terletak di /app/

Selamat mencuba!

Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ...

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France

Leave a Reply