Instalasi CakePHP 1.2

Tuesday, November 24th, 2009

Tutorial kali ini adalah bagaimana untuk membolehkan anda membina sesebuah aplikasi dengan menggunakan cakePHP, salah satu dari framework PHP. CakePHP tidak memerlukan konfigurasi rumit untuk membolehkan ia berfungsi, copy sahaja folder cake di dalam web server anda dan anda sudah bersedia untuk menggunakan cake. Namun saya sarankan sebelum anda berjinak-jinak dengan framework ini, pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai asas PHP dan MySQL yang kukuh.

Langkah² terperinci diterangkan di bawah:


Dapatkan versi cakePHP terbaru di laman web rasmi cakePHP. Unzip folder zip yang anda download tadi dan copy ke dalam folder www anda. Rename folder tersebut mengikut kesukaan anda, untuk tutorial ini, saya namakan ia sebagai cake.

002_resize

Buka http://localhost/cake/ dan anda sepatutnya mendapat output seperti di bawah:

001_resize

Apa yang menarik mengenai cakePHP ialah ia memberitahu anda apa yang patut/perlu anda lakukan jika terdapat apa² kesilapan konfigurasi pada aplikasi anda. Jika kita lihat pada paparan di atas, cakephp memberitahu kita bahawa:
1) Kita perlu menukar nilai Security.salt di app/config/core.php
2) Kita perlu menetapkan konfigurasi pangkalan data (database) di config/database.php

Jadi secara asasnya, kita hanya perlu membuka fail yang diberitahu dan menukar/menambah apa yang perlu supaya aplikasi kita dapat berfungsi.
Untuk point 1 sila rujuk post ini.
Untuk point 2 sila rujuk post ini.

Jika anda refresh browser anda, sepatutnya semua kotak kuning tadi bertukar menjadi hijau yang menandakan cakePHP anda sudah siap dikonfigurasi! Pada tutorial akan datang, kita akan mula membina aplikasi dengan cakePHP.
Selamat mencuba!

003_resize

Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ..

ABOUT THIS AUTHOR

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
  1. palin
    February 17, 2010 at 7:58 am
  2. December 8, 2010 at 10:41 pm

Leave a Reply

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu