Ubah nilai security.salt cakePHP
Saturday, August 29th, 2009Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, nilai asal security.salt cakephp perlu ditukar. Cari file core.php yang terletak di /app/config/core.php. Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Saya menggunakan cakePHP version 1.2.4.8284, jika anda menggunakan versi yang sama, pergi ke line 151. Untuk versi lain, cari code di bawah
Configure::write('Security.salt', 'DYhG93b0qyJfIxfs2guVoUubWwvniR2G0FgaC9mi'); |
Kemudian, ubah nilai DYhG93b0qyJfIxfs2guVoUubWwvniR2G0FgaC9mi kepada apa-apa nilai yang anda suka. Jika anda tiada idea, tukar dua huruf terakhir (mi) kepada dua huruf pilihan anda.
Save file core.php dan refresh browser anda;
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

kenapa perlu nilai itu..
adakah nilainya .m5d atau password untuk login??
security salt ni digunakan untuk tujuan menambahbaik security dalam session variables dan membina hashes.