Cakephp
Menukar maklumat database cakephp
Posted on .Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, konfigurasi database perlulah ditukar kepada konfigurasi database anda. Bina satu database baru di http://localhost/phpmyadmin, namakan database itu dengan nama yang anda suka, untuk tutorial ini, saya gunakan blog_development sebagai nama database.
Cari file database.php.default yang terletak di /app/config/database.php.default dan rename file ini kepada database.php.
Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Tukar nilai login kepada root, kosongkan nilai password dan tukar nilai database kepada blog_development (atau nama database yang telah anda bina sebentar tadi)
var $default = array(
'driver' => 'mysql',
'persistent' => false,
'host' => 'localhost',
'login' => 'root',
'password' => '',
'database' => 'blog_development ',
'prefix' => '',
);
Save file database.php dan refresh browser anda.
Konfigurasi:
cakePHP : 1.2.4.8284
xampp : 1.6.8
OS : windows
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,