Home » Linux »
SCP : Pindah fail secara remote
Untuk memindahkan fail dari komputer anda ke komputer remote atau sebaliknya, anda boleh menggunakan “secure copy” SSH ataupun SCP. Untuk memindahkan satu fail dari komputer anda ke ke komputer remote:
scp fail remoteuser@remotebox:/directory |
Contoh jika anda mahu memindahkan fail main.c ke mdpai di alamat IP 100.224.200.1:
scp main.c mdpai@100.224.200.1:/home/mdpai/ |
Sebaliknya, jika anda mahu memindahkan fail dari mdpai ke komputer anda, anda hanya perlu terbalikkan destinasi command SCP:
scp mdpai@100.224.200.1:/home/mdpai/fail.doc /home/user/ |
Untuk memindahkan direktori, command yang sama boleh digunakan.
Posted in LinuxBy mdpai
Menggunakan SSH dalam Ubuntu
SSH digunakan untuk melancarkan command shell atau transfer fail secara remote (dari komputer lain).
Saya beranggapan :
- anda tahu apa itu command shell
- anda tahu syntax command-line Linux
- komputer remote membenarkan sambungan SSH
Log in menggunakan SSH
ssh remoteuser@remotebox |
di mana remoteuser merupakan username komputer yang anda mahu hubungi dan remotebox merupakan IP atau hostname komputer tersebut.
contoh:
ssh mdpai@100.224.200.1 |
Kemudian anda akan ditanya kata laluan untuk user tersebut.
remoteuser@remotebox's password: |
Setelah berjaya login, anda akan mempunyai akses kepada command prompt komputer remote.
mdpai@100.224.200.1:~$ |
Voila, anda sekarang boleh menggunakan command linux biasa seperti mana anda menggunakan command tersebut di komputer anda.
Posted in LinuxBy mdpai
Ubuntu Kernel Headers
Soalan : Saya memerlukan kernel headers untuk compile module linux. Macam mana saya boleh dapatkan linux headers?
Jawapan :
Pastikan repo anda dikemaskini
$ sudo apt-get update |
Install pakej linux-header
$ sudo apt-get install linux-headers-$(uname -r) |
By mdpai
Tambah/Padam user dalam Ubuntu
Untuk menambah user, guna command di bawah. Anda akan ditanya untuk memasukkan maklumat tambahan seperti nama; no telefon dan sebagainya.
sudo adduser username |
Contoh jika anda ingin menambah seorang user mdpai:
sudo adduser mdpai |
Untuk memadam user, guna command di bawah:
sudo deluser username |
Walaupun anda memadam user tersebut dari sistem, folder home user tersebut tidak akan dipadam. Jadi, ia bergantung kepada anda untuk memadam sendiri folder tersebut atau memindahkannya ke tempat lain, contohnya archived_user
Untuk lock atau unlock seseorang user pula, guna command di bawah:
sudo passwd -l username sudo passwd -u username |
Command di bawah pula digunakan untuk menambah/memadam kumpulan user (group user):
sudo addgroup groupname sudo delgroup groupname |
Untuk menambah seseorang user ke dalam sesebuah group:
sudo adduser username groupname |
Selamat mencuba!
Posted in LinuxBy mdpai
Menukar MYSQL root password dalam Ubuntu
Untuk bermula, kita perlu menghentikan dahulu service mysql yang berkemungkinan sedang running dengan menggunakan command berikut:
sudo /etc/init.d/mysql stop |
By mdpai
Tambah user ke dalam senarai “sudoers”
Untuk memberi seseorang user kebolehan untuk melakukan command sudo, anda perlu meletakkan mereka di dalam senarai yang dipanggil “sudoers”.
sudo adduser username admin |
Command ini mesti dibuat oleh user yang boleh melakukan sudo ataupun oleh root account. Alternatif lain untuk menambah user ke dalam senarai sudoers adalah dengan mengedit fail sudoers:
Posted in LinuxBy mdpai
LAMP (Linux Apache MySQL PHP) dalam Ubuntu
APACHE
Jika anda ingin menjadikan server ubuntu anda sebagai web server, anda memerlukan LAMP (singkatan untuk Linux Apache MySQL PHP). Kita mulakan dengan instalasi apache2 dengan menggunakan apt-get
sudo apt-get install apache2 |
By mdpai
MySQL bind address dalam ubuntu
Buka terminal dan edit fail my.cnf:
gksudo gedit /etc/mysql/my.cnf |
Kemudian, tukar 127.0.0.1 kepada alamat IP server anda. contoh 192.168.10.1
bind-address = 127.0.0.1 |
By mdpai
Menukar aturan DHCP kepada static IP dalam ubuntu
Sekiranya anda install ubuntu untuk pertama kali, selalunya konfigurasi network akan ditetapkan untuk melalui DHCP. Untuk menukar konfigurasi ini kepada static IP, anda perlu mengubah fail /etc/network/interfaces dan memasukkan alamat IP yang anda mahu tetapkan untuk server ubuntu anda (dalam contoh ini saya menggunakan 192.168.10.1)
sudo gedit /etc/network/interfaces |
By mdpai
- [Ubuntu] Kompil kernel menggunakan git dari 3.3-rc3 ke 3.3-rc4
- [Ubuntu] Kompil mainline kernel
- ZTE MF627 USB modem driver untuk Win 7
- kredit RM100 Percuma untuk akaun Adwords
- Linked list dalam C
- Struktur Data (data structure)
- Pointer dalam C
- Struktur (structure) dalam C
- Pembolehubah (variable) dalam C
- Bermula dengan C : Hello World
- tajudin : bagus mas cuman saya ada masalah dengan program sya yang berhubungan d ...
- P0L5K4H4CKR3W : salam..tumpang tanya bro.. simbol $ tu untuk apa,apa fungsinya? ...
- ultraman : adoi.. camne nak wat greet org yang da login kat page kite ek? contoh ...
- mdpai : @akmal : saya kat kota bharu :D @hana : cadangan projek tu banyak kal ...
- mdpai : @Wanrushdi : Boleh try cek data yang dikembalikan oleh mysql_query. An ...
- mdpai : security salt ni digunakan untuk tujuan menambahbaik security dalam se ...
- Wanrushdi : minta maaf, coding yg tlh di attach tu... tak tepat..... jd minta tlg ...
- Wanrushdi : <?php include 'connect.php'; $no = 1; $kodsek= $_GET[& ...
- Wanrushdi : Saya dah keliru ni, kenapa coding array yg sy guna ni tidak paparkan s ...
- azz : kenapa perlu nilai itu.. adakah nilainya .m5d atau password untuk log ...

