Home » Umum »

November 6th, 2011

ZTE MF627 USB modem driver untuk Win 7

Firmware yang dibekalkan dengan modem ZTE MF627 (anda boleh rujuk nombor ini di badan modem anda) untuk Celcom broadband hanya boleh diinstall di Windows XP atau Vista. Jika anda menggunakan Win 7, masalah yang mungkin timbul adalah firmware tersebut tidak akan mengenalpasti simcard anda.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menggunakan driver yang lebih terkini (anda masih boleh menggunakan firmware yang sama).

http://mymobile.three.co.uk:8080/downloads/MF627_Windows_7DriverSetup.exe

Jika anda mendapat error 123 ketika proses sambungan (connect), pastikan dalam Setting bahawa anda mempunyai sekurang-kurangnya satu fail konfigurasi. Hanya isi ruangan nombor panggilan. Anda boleh gunakan *99***2# .

Posted in Umum
By
read more
October 9th, 2011

Sambungan ke pangkalan data

Sebelum boleh menggunakan pangkalan data atau database MySQL, kita perlu membuat sambungan ke pelayan pangkalan data mysql seperti berikut:

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!<br />";
?>

Jika anda paparkan hasil kod di atas, dan jika kata nama dan kata laluan yang diberikan tepat, anda sepatutnya mendapat paparan “Sambungan ke MySQL berjaya”. Walaubagaimanapun jika anda memberikan kata nama atau kata laluan yang salah, mysql_error() akan memberikan paparan error yang berkenaan.

Setelah berjaya membuat sambungan ke pelayan pangkalan data (database server), langkah seterusnya adalah memilih pangkalan data yang mahu kita guna. Katakan anda mahu menggunakan pangkalan data bernama “tutorial” seperti di dalam tutorial menambah pangkalan data.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
?>
Posted in mysql, Umum
By
read more
January 29th, 2009

Download Video dari youtube

Jika anda mahu memuat turun video dari youtube, metacafe, daily motion, veoh, google video dan lain-lain, anda boleh menggunakan VDownloader. Ianya percuma dan boleh didapati di sini.

Posted in Umum
By
read more
January 28th, 2009

Favicon

fav

Icon kecil di tepi URL sesuatu website selalunya dipandang remeh oleh sesetengah pihak, tapi sebenarnya ia juga memainkan faktor yang agak penting. Favicon inilah yang sebenarnya membolehkan pengunjung website anda mengingati anda dengan lebih mudah. Lihat contoh Google, ia menggunakan simbol G sebagai faviconnya. Ia menjadi seakan trademark kepada website tersebut.

Posted in Umum
By
read more
January 24th, 2009

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Posted in Umum
By
read more
Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu