Home » Cakephp »

November 29th, 2009

Google Map dan CakePHP

Rujukan http://bakery.cakephp.org/articles/view/google-map-helper artikel oleh Abhimanyu Grover.

Download class GoogleMap di sini dan masukkan ke dalam folder vendors. Buka fail ini dan cari line untuk memasukkan Google API Key anda ($api_key)

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
November 28th, 2009

Controller tanpa Model

Missing Database Table
 
Error: Database table forms for model Form was not found.
 
Notice: If you want to customize this error message, create app\views\errors\missing_table.ctp

Error di atas akan dipaparkan jika anda membuat satu controller (contoh Forms) tanpa membuat sebarang model untuk controller itu. Ini boleh menjadi masalah jika controller anda itu tidak menggunakan database langsung (contoh jika anda mahu membuat page statik). Penyelesaian untuk masalah ini amat mudah. Hanya tambah kod di bawah di dalam controller anda.

var $uses = array();

Ia akan memberitahu cakephp bahawa kita tidak menggunakan apa² table dalam database. Selamat mencuba!

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
November 26th, 2009

Dapatkan home baru untuk cakephp (alternatif kepada home.ctp)

Selalunya untuk menukar homepage aplikasi, kita perlu mengubah home.ctp yang terletak di /app/view/layouts/pages/. Walaubagaimanapun, secara asasnya, fail² view yang terdapat di dalam folder pages adalah page² yang statik.

Untuk menukar homepage anda kepada fail view yang berbeza, anda hanya perlu menukar root route anda. Lihat contoh di bawah:

Jika sebagai contoh saya mempunyai controller yang dinamakan Books dan di dalamnya mempunyai satu action senarai() yang saya mahu jadikan sebagai homepage saya, anda hanya perlu mengubah /app/config/routes.php kepada berikut:

<?php
Router::connect('/', array('controller' => 'books', 'action' => 'senarai'));
?>

Tukar books dan senarai mengikut keperluan anda. Selamat mencuba!

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
November 25th, 2009

ajax dan cakePHP

Untuk menggunakan ajax dengan cakephp, kita perlu terlebih dahulu memuat turun prototype dan scriptaculous. Boleh sahaja untuk menggunakan framework javascript yang lain seperti jQuery atau ExtJs, konsepnya sama sahaja. Masukkan fail² prototype dan scriptaculous ke dalam folder /app/webroot/js anda.

Di dalam view, gunakan helper javascript untuk memasukkan kedua² library tadi:

< ?php
echo $javascript->link('prototype');
echo $javascript->link('scriptaculous'); 
?>
Posted in Cakephp 1.2
By
read more
November 24th, 2009

Instalasi CakePHP 1.2

Tutorial kali ini adalah bagaimana untuk membolehkan anda membina sesebuah aplikasi dengan menggunakan cakePHP, salah satu dari framework PHP. CakePHP tidak memerlukan konfigurasi rumit untuk membolehkan ia berfungsi, copy sahaja folder cake di dalam web server anda dan anda sudah bersedia untuk menggunakan cake. Namun saya sarankan sebelum anda berjinak-jinak dengan framework ini, pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai asas PHP dan MySQL yang kukuh.

Langkah² terperinci diterangkan di bawah:

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
August 29th, 2009

Menukar maklumat database cakephp

Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, konfigurasi database perlulah ditukar kepada konfigurasi database anda. Bina satu database baru di http://localhost/phpmyadmin, namakan database itu dengan nama yang anda suka, untuk tutorial ini, saya gunakan blog_development sebagai nama database.

Cari file database.php.default yang terletak di /app/config/database.php.default dan rename file ini kepada database.php.
Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Tukar nilai login kepada root, kosongkan nilai password dan tukar nilai database kepada blog_development (atau nama database yang telah anda bina sebentar tadi)

	var $default = array(
		'driver' => 'mysql',
		'persistent' => false,
		'host' => 'localhost',
		'login' => 'root',
		'password' => '',
		'database' => 'blog_development ',
		'prefix' => '',
	);

Save file database.php dan refresh browser anda.

Konfigurasi:
cakePHP : 1.2.4.8284
xampp : 1.6.8
OS : windows

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
August 29th, 2009

Ubah nilai security.salt cakePHP

Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, nilai asal security.salt cakephp perlu ditukar. Cari file core.php yang terletak di /app/config/core.php. Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Saya menggunakan cakePHP version 1.2.4.8284, jika anda menggunakan versi yang sama, pergi ke line 151. Untuk versi lain, cari code di bawah

	Configure::write('Security.salt', 'DYhG93b0qyJfIxfs2guVoUubWwvniR2G0FgaC9mi');

Kemudian, ubah nilai DYhG93b0qyJfIxfs2guVoUubWwvniR2G0FgaC9mi kepada apa-apa nilai yang anda suka. Jika anda tiada idea, tukar dua huruf terakhir (mi) kepada dua huruf pilihan anda.
Save file core.php dan refresh browser anda;

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
July 31st, 2009

Ebook Panduan Bina Blog Guna CakePHP versi 0.1

Saudara Azril Nazli telah menerbitkan sebuah ebook tentang panduan membina blog menggunakan framework PHP CakePHP. Yang menariknya, ebook ini berlainan dengan tutorial rasmi cakePHP http://book.cakephp.org/view/219/Blog kerana ianya di dalam bahasa Melayu dan isinya juga senang untuk difahami.

Jadi kepada yang baru nak berjinak dengan framework PHP seperti CakePHP, ebook ini memang untuk anda.

Link PDF

Adios

Posted in Cakephp 1.2, Reviu
By
read more
Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu