Home » Web Programming » mysql »

October 14th, 2011

Apa itu CRUD?

Di dalam dunia pangkalan data, CRUD atau Create Read Update Delete adalah 4 fungsi utama yang diimplementasi dan dianggap mencukupi untuk sesebuah aplikasi.

Create Memasukkan (row) data baru ke dalam pangkalan data
Read mendapatkan maklumat daripada pangkalan data
Update Mengubah nilai di dalam pangkalan data
Delete Memadam data dari pangkalan data

Tanpa salah satu dari 4 fungsi ini, satu-satu aplikasi itu tidak akan dianggap sempurna kerana mereka adalah asas kepada interaksi dengan pangkalan data.

Posted in mysql
By
read more
October 14th, 2011

Memadam data dari pangkalan data

Proses untuk memadam data dari pangkalan data hampir sama dengan proses pengubahsuaian nilai dalam tutorial yang lepas di mana kita memerlukan kata kunci WHERE untuk memberitahu MySQL data mana yang perlu dibuang.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
 
mysql_query("DELETE FROM pekerja WHERE nama='Karim'") or die(mysql_error());  
?>

Dalam contoh di atas, kita membuang pekerja bernama Karim dari pangkalan data.

Posted in mysql
By
read more
October 14th, 2011

Mengubah nilai di dalam pangkalan data

Kita akan menyambung tutorial dengan cara untuk mengubah nilai atau data di dalam pangkalan data dengan bantuan PHP dan MySQL pada table “pekerja” yang mempunyai 3 kolum “nama”, “umur”, dan “jawatan”. Pada tutorial yang lalu, kita telah memasukkan 3 pekerja ke dalam pangkalan data.

Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani
Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus
Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy

Pada tutorial kali ini, kita akan cuba mengubah nilai data yang sudah wujud di dalam pangkalan data. Sebagai contoh, kita akan mengubah jawatan Timah kepada Penyelaras. Lihat contoh di bawah.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
 
$result = mysql_query("UPDATE pekerja SET jawatan='Penyelaras' WHERE nama='Timah'") or die(mysql_error());  
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja WHERE nama='Timah'") or die(mysql_error());  
 
$row = mysql_fetch_array( $result );
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
echo "</br>";
?>

Jika kita mahu melihat kod yang membuat pengubahsuaian itu.

mysql_query("UPDATE pekerja SET jawatan='Penyelaras' WHERE nama='Timah'")
Posted in mysql
By
read more
October 11th, 2011

mysql order by – menyusun pencarian data menggunakan SELECT

Dalam tutorial-tutorial yang lepas kita menggunakan kod di bawah untuk mendapatkan data semua pekerja.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja") or die(mysql_error());  
 
while($row = mysql_fetch_array( $result )){
 
// Paparkan hasil query
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
echo "</br>";
}
?>

Yang akan menghasilkan paparan.

Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani
Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus
Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy

Kita boleh menyusun data yang diperolehi berdasarkan kolum-kolum sesebuah table. Sebagai contoh jika kita mahu menyusun data yang diperolehi dari table pekerja berdasarkan susunan abjad, kita boleh menggunakan kata kunci ORDER BY seperti contoh di bawah.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja ORDER BY nama ASC") or die(mysql_error());  
 
while($row = mysql_fetch_array( $result )){
 
// Paparkan hasil query
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
echo "</br>";
}
?>

Yang akan menghasilkan paparan.

Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy
Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus
Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani
Posted in mysql
By
read more
October 11th, 2011

mysql where – hadkan pencarian data menggunakan SELECT

Di dalam tutorial terdahulu, kita ada menggunakan “SELECT * FROM pekerja” untuk mendapatkan semua pekerja daripada table pekerja. Tapi bagaimana pula jika kita hanya mahu data untuk pekerja yang bernama ‘Karim’ ? Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan kata kunci WHERE. Lihat contoh.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja WHERE name='karim'") or die(mysql_error());  
 
$row = mysql_fetch_array( $result );
 
// Paparkan hasil query
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
?>

Atau jika kita lihat dengan lebih dekat:

mysql_query("SELECT * FROM pekerja WHERE nama='karim'")

Kod di atas bermaksud, pilih semua data dari table pekerja yang mempunyai nama Karim. Jadi jika ada dua orang yang bernama Karim di dalam pangkalan data, query di atas akan memberikan 2 data.

Posted in mysql
By
read more
October 11th, 2011

mendapatkan maklumat daripada pangkalan data

Dalam post sebelum ini, kita menggunakan kata kunci (keyword) “INSERT INTO” untuk memasukkan data baru ke dalam pangkalan data. Untuk mendapatkan semula data yang telah dimasukkan itu, kita boleh menggunakan kata kunci “SELECT”. Meneruskan contoh kita dalam post-post sebelum ini dengan menggunakan table “pekerja”.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja") or die(mysql_error());  
 
$row = mysql_fetch_array( $result );
 
// Paparkan hasil query
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
?>

Ini akan memaparkan data terakhir yang dimasukkan ke dalam table “pekerja”.

$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja")

Kod di atas bermaksud “pilih semua data dari table pekerja” dan masukkan ke dalam variable $result. Tetapi $result ini tidak boleh dimanipulasi terus untuk memaparkan data.

$row = mysql_fetch_array( $result );

mysql_fetch_array akan memberi kita associative array dan disimpan di dalam variable $row. Jadi kita boleh mengakses nilai dengan mengetahui key yang betul seperti $row["nama"] atau $row["umur"].

Jika dilihat pada contoh di awal tutorial ini, saya mengatakan bahawa “SELECT * FROM pekerja” akan mengambil semua data dari pangkalan data akan tetapi saya hanya memaparkan data untuk pekerja yang terakhir dimasukkan.

Untuk memaparkan semua pekerja, kita perlu memanggil mysql_fetch_array berulang kali. Ini boleh dilakukan dengan bantuan loop while seperti contoh akhir di bawah.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja") or die(mysql_error());  
 
while($row = mysql_fetch_array( $result )){
 
// Paparkan hasil query
 
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
echo "</br>";
}
?>

Yang mana akan memaparkan:

Sambungan ke MySQL berjaya! 
Sambungan ke pangkalan data berjaya! 
Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani
Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus
Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy
Posted in mysql
By
read more
October 11th, 2011

Memasukkan (row) data baru ke dalam pangkalan data

Untuk memasukkan data (row) baru ke dalam pangkalan data, lihat contoh di bawah yang memasukkan data baru ke dalam table Pekerja (rujuk tutorial ini). Table pekerja mempunyai 3 kolum iaitu “nama”, “umur” dan “jawatan”.

<?php
// Make a MySQL Connection
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya! <br />";
 
// Pekerja 1
mysql_query("INSERT INTO pekerja 
(nama, umur, jawatan) VALUES('Timah', '23', 'Kerani') ") 
or die(mysql_error());  
 
// Pekerja 2
mysql_query("INSERT INTO pekerja 
(nama, umur, jawatan) VALUES('Karim', '25', 'Pengurus') ") 
or die(mysql_error()); 
 
// Pekerja 3
mysql_query("INSERT INTO pekerja 
(nama, umur, jawatan) VALUES('Abu', '19', 'Dispatch boy') ") 
or die(mysql_error());
 
echo "3 data baru dimasukkan!";
?>

Untuk contoh di atas, kita telah memasukkan 3 pekerja baru ke dalam pangkalan data. Untuk memasukkan hanya satu data baru, ikut syntax berikut.

mysql_query("INSERT INTO pekerja (nama, umur, jawatan) VALUES ('Karim', '25', 'Pengurus')")

Atau secara generiknya:

mysql_query("INSERT INTO table1 (kolum1, kolum2, kolum3) VALUES ('nilai1', 'nilai2', 'nilai3')")

Yang mana “INSERT INTO table1″ bermaksud kita mahu memasukkan data baru ke dalam table yang bernama table1. “(kolum1, kolum2, kolum3)” adalah kolum-kolum yang mahu dimasukkan data. Manakala, “(‘nilai1′, ‘nilai2′, ‘nilai3′)” adalah data yang kita mahu masukkan.

Posted in mysql
By
read more
October 9th, 2011

Sambungan ke pangkalan data

Sebelum boleh menggunakan pangkalan data atau database MySQL, kita perlu membuat sambungan ke pelayan pangkalan data mysql seperti berikut:

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!<br />";
?>

Jika anda paparkan hasil kod di atas, dan jika kata nama dan kata laluan yang diberikan tepat, anda sepatutnya mendapat paparan “Sambungan ke MySQL berjaya”. Walaubagaimanapun jika anda memberikan kata nama atau kata laluan yang salah, mysql_error() akan memberikan paparan error yang berkenaan.

Setelah berjaya membuat sambungan ke pelayan pangkalan data (database server), langkah seterusnya adalah memilih pangkalan data yang mahu kita guna. Katakan anda mahu menggunakan pangkalan data bernama “tutorial” seperti di dalam tutorial menambah pangkalan data.

<?php
mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke MySQL berjaya!  <br />";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
?>
Posted in mysql, Umum
By
read more
September 4th, 2010

Menambah pangkalan data dan table

MySQL tidaklah serumit kebanyakan bahasa pengaturcaraan yang lain seperti PHP atau Javascript, maka cara terbaik untuk belajar adalah dengan meniru contoh-contoh yang sudah sedia ada dan mengubahnya mengikut keperluan anda. Oleh kerana tutorial MySQL ini menumpukan pada kombinasi MySQL dan PHP, maka seeloknya anda sudah mempunyai asas² PHP sebelum memulakan MySQL.

Kita akan memulakan tutorial dengan belajar bagaimana untuk membuat pangkalan data yang baru dan juga bagaimana memulakan sambungan (connection) ke pangkalan data (database).

Menambah pangkalan data yang baru

taip http://localhost/phpmyadmin pada browser anda. (Pastikan anda telah buka xampp, dan apache dan mysql sedang berfungsi). Untuk tutorial ini, kita akan membuat pangkalan data yang bernama tutorial. Cari Create new database, masukkan tutorial dan tekan butang Create.

Anda akan di bawa ke pangkalan data tutorial di mana anda boleh menambah table² yang boleh anda gunakan kemudian. Sebagai contoh, kita akan menyimpan data tentang nama pekerja, umur dan jawatan mereka. Jadi kita akan membuat satu table yang akan dinamakan Pekerja.

Posted in mysql
By
read more
September 3rd, 2010

MySQL : Langkah pertama ke alam pangkalan data

Mengapa menggunakan MySQL?

MySQL digunakan untuk menyimpan maklumat yang boleh kita kelompokkan di bawah beberapa kategori yang ditentukan. Jika anda belum biasa dengan istilah pangkalan data atau database ini, anda boleh menganggap pangkalan data ini sebagai sebuah fail Excel. Di mana sheets boleh diumpamakan sebagai tables di dalam database dan dalam sebuah table pula, anda mempunyai kolum dan juga baris.

Kita boleh ambil pangkalan data (database) sebuah syarikat sebagai contoh. Database ini mungkin mempunyai 3 table iaitu Pekerja, Pelanggan dan juga Pegawai. Setiap table ini pula akan mempunyai medan (atau kolum) yang tertentu, sebagai contoh untuk table Pekerja, mungkin terdapat medan nama, umur dan juga jawatan.

Siri tutorial MySQL ini fokus kepada penggunaan MySQL dengan bahasa pengaturcaraan PHP. Jika anda menggunakan bahasa pengaturcaraan yang lain, konsepnya tidak jauh berbeza.

Posted in mysql
By
read more
Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu