[Wordpress] An Unexpected HTTP Error occurred during the API request

Tuesday, November 17th, 2009

Error “..An Unexpected HTTP Error occurred during the API request..” ini jarang terjadi dan mengikut teori saya, ianya hanya terjadi pada wordpress yang diinstall di dalam server yang sibuk sahaja (atau server yang lembap). Penyebab kepada error ini adalah proses request API plugin dari server wordpress melebihi masa yang ditetapkan di dalam file konfigurasi (selalunya 5 saat). Jadi jika request ini melebihi 5 saat, request tersebut akan ditamatkan dan error “..An Unexpected HTTP Error occurred during the API request..” akan dipaparkan.

Jadi salah satu cara mudah untuk mengatasi masalah ini adalah menukar jangka masa 5 saat tersebut dengan satu angka yang lebih lama, contohnya 30 saat. Buka wp_include/http.php pada line 223 (atau sekitar line ini):

1
'timeout' => apply_filters( 'http_request_timeout', 5),

Tukar sahaja 5 kepada 30 atau angka yang anda suka.

1
'timeout' => apply_filters( 'http_request_timeout', 30),

Selamat mencuba!

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ..

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France

Leave a Reply