LAMP (Linux Apache MySQL PHP) dalam Ubuntu
Sunday, November 1st, 2009APACHE
Jika anda ingin menjadikan server ubuntu anda sebagai web server, anda memerlukan LAMP (singkatan untuk Linux Apache MySQL PHP). Kita mulakan dengan instalasi apache2 dengan menggunakan apt-get
sudo apt-get install apache2 |
Terminal akan meminta kata laluan anda untuk proses ini. Setelah selesai proses muat turun dan instalasi, kita boleh memastikan apache kita berfungsi dengan betul dengan membuka url http://localhost di browser anda.
http://localhost |
Jika proses instalasi berjalan lancar, anda akan nampak folder apache2-default/ . Tekan / double click pada folder ini, anda sepatutnya akan nampak ayat It Works terpapar pada browser (pelayar) anda. Berikut adalah command yang mungkin berguna untuk anda mengendalikan apache:
sudo /etc/init.d/apache2 start sudo /etc/init.d/apache2 stop sudo /etc/init.d/apache2 restart |
PHP
Kita teruskan dengan instalasi PHP pula dengan command berikut:
sudo apt-get install php5 libapache2-mod-php5 |
Untuk memastikan PHP berfungsi, kita perlu restart service apache dengan command berikut:
sudo /etc/init.d/apache2 restart |
Sekarang kita boleh membina satu file php untuk mencuba instalasi php kita yang baru. Folder root untuk web server ini terletak di /var/www/ . Jadi mari kita bina satu file di dalam folder ini dengan command berikut:
sudo gedit /var/www/testphp.php |
Masukkan code di bawah dan save page php anda:
<?php phpinfo(); ?> |
Sekarang buka browser anda, dan taip URL di bawah:
http://localhost/testphp.php |
Tahniah, anda telah berjaya memastikan apache dan php anda berfungsi! Sekarang tiba masa untuk memasukkan mysql server pula. Masih di dalam terminal anda, taip command di bawah:
sudo apt-get install mysql-server |
Kemudian anda perlu menukar password mysql anda. Sila rujuk tutorial ini.
Sebagai pilihan (tidak wajib dilakukan, tetapi perlu jika anda melakukan proses ini ke atas sebuah server), anda boleh bind address IP anda dan server dengan merujuk tutorial ini.
Langkah terakhir adalah instalasi phpmyadmin untuk memudahkan pengurusan pangkalan data mysql. Guna command di bawah di terminal:
sudo apt-get install phpmyadmin |
Setelah selesai instalasi, guna command di bawah untuk menambah phpmyadmin ke dalam konfigurasi apache anda:
sudo gedit /etc/apache2/apache2.conf |
Masukkan kod di bawah ke dalam fail tersebut dan save. (Saya masukkan kod ini di barisan kod paling bawah):
Include /etc/phpmyadmin/apache.conf |
Kemudian restart apache anda:
sudo /etc/init.d/apache2 restart |
Untuk memastikan PHP dan MySQL boleh saling berfungsi dengan baik, ada satu lagi perkara yang perlu kita lakukan iaitu memastikan extension mysql.so boleh digunakan. Edit fail php.ini anda dengan command di bawah:
gksudo gedit /etc/php5/apache2/php.ini |
Kemudian cari baris di bawah
;extension=mysql.so |
Tukar kepada:
extension=mysql.so |
Restart apache anda untuk kali terakhir untuk menamatkan tutorial ini =)
sudo /etc/init.d/apache2 restart |
Ambil masa anda untuk memahami tutorial ini, dan jangan takut untuk mencuba. Jika ada yang tidak difahami, soalan boleh diajukan di ruangan komen. Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.
