Menggunakan SSH dalam Ubuntu
Thursday, February 10th, 2011SSH digunakan untuk melancarkan command shell atau transfer fail secara remote (dari komputer lain).
Saya beranggapan :
- anda tahu apa itu command shell
- anda tahu syntax command-line Linux
- komputer remote membenarkan sambungan SSH
Log in menggunakan SSH
ssh remoteuser@remotebox |
di mana remoteuser merupakan username komputer yang anda mahu hubungi dan remotebox merupakan IP atau hostname komputer tersebut.
contoh:
ssh mdpai@100.224.200.1 |
Kemudian anda akan ditanya kata laluan untuk user tersebut.
remoteuser@remotebox's password: |
Setelah berjaya login, anda akan mempunyai akses kepada command prompt komputer remote.
mdpai@100.224.200.1:~$ |
Voila, anda sekarang boleh menggunakan command linux biasa seperti mana anda menggunakan command tersebut di komputer anda.
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.
