Menukar aturan DHCP kepada static IP dalam ubuntu
Saturday, October 31st, 2009Sekiranya anda install ubuntu untuk pertama kali, selalunya konfigurasi network akan ditetapkan untuk melalui DHCP. Untuk menukar konfigurasi ini kepada static IP, anda perlu mengubah fail /etc/network/interfaces dan memasukkan alamat IP yang anda mahu tetapkan untuk server ubuntu anda (dalam contoh ini saya menggunakan 192.168.10.1)
sudo gedit /etc/network/interfaces |
Konfigurasi asas untuk dhcp adalah seperti berikut:
# The primary network interface
auto eth0
iface eth0 inet dhcp |
Tukar kod di atas kepada berikut:
# The primary network interface auto eth0 iface eth0 inet static address 192.168.10.1 netmask 255.255.255.0 gateway 192.168.10.100 |
192.168.10.100 adalah gateway anda, dalam kes ini, ia adalah alamat IP routeur network saya. Alamat IP anda mungkin berbeza. Setelah itu, kita perlu restart semula service network dengan menggunakan command berikut:
sudo /etc/init.d/networking restart |
Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.
