Linux
sed & awk: nota “regular expression” untuk noobies
Posted on .Regex adalah digunakan untuk menngambarkan corak urutan aksara. (penting!)
Contoh regex:
ABC
Maksud: A diikuti oleh B, diikuti oleh C
Selain huruf dan nombor biasa, meta-aksara boleh digunakan untuk melambangkan maksud tertentu. Contohnya meta-aksara “.” atau noktah boleh melambangkan apa-apa aksara (wildcard).
Contoh penggunaan meta-aksara .
A.C
Maksud : A diikuti oleh apa-apa aksara (hanya satu!), diikuti oleh C
Jadi A.C padan dengan ABC, AUC, ASC atau APC.
Satu lagi meta-aksara yang selalu digunakan ialah ‘*’ yang melambangkan “tiada, satu atau lebih dari satu padanan untuk aksara sebelum”. Lihat contoh untuk memahami dengan lebih lanjut.
A*BC
Maksud: kosong, satu atau lebih dari satu A, diikuti dengan B, diikuti oleh C.
Jadi ia padan dengan BC, ABC, AABC, AAABC, AAAAAAAAABC dan seterusnya.
Senarai meta-aksara yang boleh digunakan:
. -> apa-apa aksara (hanya satu!)
* -> tiada, satu atau lebih dari satu padanan dengan aksara sebelumnya
^ -> aksara pertama baris
& -> aksara terakhir baris
[...] -> padan dengan mana-mana satu aksara di dalam [ ]. jika ^ digunakan debagai aksara pertama di dalam [ ], ia membawa maksud tidak padan dengan mana-mana aksara di dalam [ ].
Terdapat juga meta-aksara yang hanya terdapat untuk awk dan egrep sahaja seperti +, ?, |, {n,m} dan ()
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.