Tutorial Melayu

Membina kernel raspberry-pi

Introduction

user

Fairuz

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,


LATEST POSTS

Nota: git alias yang biasa digunakan 05th December, 2013

Nota: Android .gitignore 23rd February, 2013

Raspberry PI

Membina kernel raspberry-pi

Posted on .

Tutorial kali ini adalah bagaimana untuk membina kernel untuk raspberry-pi. Dari segi langkah-langkahnya, ianya sama dengan kompilasi kernel untuk Ubuntu (x86) atau distro Linux lain tapi yang membezakan adalah kita akan menggunakan cross-compiler. Ini disebabkan raspberry-pi menggunakan seni bina arm dan PC kita menggunakan seni bina x86. Kompilasi untuk arch yang berlainan inilah yang dinamakan cross-compiling (kompilasi silang).

Untuk permulaan, pastikan anda mempunyai pakej git-core dan arm-linux-gnueabi (cross-compiler) siap terpasang pada sistem anda.

sudo apt-get install git gcc-arm-linux-gnueabi make ncurses-dev

Langkah pertama, seperti mana-mana kompilasi kernel adalah dengan memuat turun kod sumber kernel dengan menggunakan git.

git clone https://github.com/raspberrypi/linux.git kernel

Bergantung kepada kelajuan internet anda, ini mungkin mengambil masa yang agak lama. Setelah proses muat-turun tamat, langkah kedua adalah konfigurasi kernel.

cd kernel
make ARCH=arm CROSS_COMPILE=rm-linux-gnueabi- bcmrpi_defconfig

Langkah ketiga, kompilasi kernel.

make ARCH=arm CROSS_COMPILE=rm-linux-gnueabi- -j12 

Siap! hanya 3 langkah diperlukan untuk kompilasi kernel menggunakan konfigurasi lalai (default setting) raspberry-pi. Untuk menggunakan kernel baru, anda hanya perlu menyalin arch/arm/boot/Image ke ruangan /boot raspberry-pi dan menamakan fail tersebut kepada kernel.img. Kemudian reboot raspberry-pi anda.

Jika anda malas untuk mencabut SD card rPi untuk menyalin kernel.img, hanya anda perlu menggunakan scp untuk menyalin fail ini terus ke dalam /boot raspberry-pi.

scp arch/arm/boot/Image root@192.168.1.20:/boot/kernel.img

Hasil setelah menggunakan kernel hasil kompilasi sendiri:

pi@raspberrypi ~ $ uname -a
Linux raspberrypi 3.2.27-fairuz+ #3 PREEMPT Sun Oct 21 11:23:46 CEST 2012 armv6l GNU/Linux
profile

Fairuz

http://www.tutorialmelayu.com

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

Comments

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

View Comments (1) ...
Navigation