Raspberry PI
Rapsberry-pi : kemas kini kernel modules
Posted on .Jika anda mengompil sendiri kernel anda (Membina Kernel Raspberry-pi), anda sepatutnya mengompil juga modules yang diperlukan oleh raspbian untuk berfungsi dengan betul. Ketiadaan module selalunya tidak akan mengacau kernel booting tetapi mungkin akan menyebabkan sesetengah fungsi seperti fuse tidak berfungsi.
Terdapat 3 cara untuk menyalin kernel modules anda:
Cara pertama dan yang paling mudah adalah dengan menggunakan sshfs. Sila rujuk Menggunakan SSHFS dengan raspberry-pi untuk proses konfigurasi sshfs.
root@raspberrypi:/mnt# sshfs fairuz@192.168.1.13:/home/fairuz/work/rpi/kernel linux
fairuz@192.168.1.13's password:
root@raspberrypi:/mnt# cd linux
root@raspberrypi:/mnt# make modules_install
Arahan di atas dilakukan dengan user root, jika anda mahu melakukan dengan user biasa, cuba arahan di bawah:
sudo sh -c "cd linux ; make modules_install"
Cara kedua dan ketiga menggunakan kaedah yang sama iaitu melakukan make modules_install di PC anda dahulu, dan kemudian menyalin fail-fail hasil dari make modules_install ke raspberry-pi. Cara kedua menyalin menggunakan scp manakala cara ketiga menyalin terus kepada SD card.
Cara kedua:
fairuz@themachine:~/work/rpi/kernel$ mkdir ~/local_module
fairuz@themachine:~/work/rpi/kernel$ make ARCH=arm CROSS_COMPILE=rm-linux-gnueabi- modules_install INSTALL_MOD_PATH=~/local_module
fairuz@themachine:~/work/rpi/kernel$ scp -r ~/local_module/* root@192.168.1.20:/lib/modules/
Cara ketiga:
Ia seperti cara kedua, tetapi tanpa arahan ketiga. Anda hanya perlu menyalin secara menual kandungan fodler ~/local_module/ ke /lib/modules/ di dalam SD card anda.
Selamat mencuba!
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.