Tutorial Melayu

RaspberryPi : manipulasi LED menggunakan GPIO

Introduction

user

Fairuz

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,


LATEST POSTS

Nota: git alias yang biasa digunakan 05th December, 2013

Nota: Android .gitignore 23rd February, 2013

Raspberry PI

RaspberryPi : manipulasi LED menggunakan GPIO

Posted on .

Tutorial mudah ini adalah bagaimana untuk menyalakan LED (light emitting diode) pada Raspberry Pi (rPi).

Untuk menyalakan secara tetap LED, kita hanya perlukan menyambung LED kepada pin 3.3V dan pin ground. Untuk raspberry pi, pin 3.3V adalah pin 1 manakala pin ground adalah pin 6. Untuk tujuan menghadkan arus dan melindungi LED, perintang 270 Ohm boleh digunakan. Sambungan adalah seperti rajah di bawah.

Kepada yang tidak tahu, LED adalah sejenis diode dan diode perlu disambung dengan arah yang betul untuk memastikan arus boleh mengalir melaluinya. LED mempunyai dua kaki, panjang dan pendek. Kaki panjang hendaklah disambungkan ke 3.3V dan kaki pendek ke 0V ataupun ground.

Sambungan sebegini akan memastikan LED bernyala dengan tetap.

Untuk membolehkan LED ini dimanipulasi dengan menggunakan kod, kita akan menukar sedikit sambungan yang dibuat. Kita akan menyambung kaki panjang LED kepada GPIO 11 (pin 23).

Pada terminal anda taip arahan ini:

root@raspberrypi ~ # echo 11 > /sys/class/gpio/export
root@raspberrypi ~ # echo out > /sys/class/gpio/gpio11/direction
root@raspberrypi ~ # echo 1 > /sys/class/gpio/gpio11/value

LED akan menyala setelah tiga arahan di atas dilakukan. Konsep di sebalik pin GPIO amat mudah; ia hanya membabitkan dua perkara, arah dan juga nilai. Arah akan menyatakan bahawa kita mahu pin GPIO tersebut sebagai input ataupun output. Manakala, nilai adalah keadaan sambungan pin GPIO, samada 0 (sambungan ke ground) atau 1 (sambungan ke 3.3V).

Jadi jika kita kembali ke tiga arahan yang dilakukan tadi, arahan pertama menyatakan kita mahu menggunakan pin GPIO 11. Arahan kedua menyatakan kita mahu menggunakan pin tersebut sebagai output (untuk menyalakan LED) dan arahan ketiga kita menetapkan 1 kepada pin itu sekaligus menyalakan LED.

Mudah? 🙂

Gambar di bawah menunjukkan contoh yang sama tapi kali ini dengan menggunakan tiga LED. LED disambung kepada GPIO 9, 10 dan 11.

root@raspberrypi ~ # echo 11 > /sys/class/gpio/export
root@raspberrypi ~ # echo out > /sys/class/gpio/gpio11/direction
root@raspberrypi ~ # echo 1 > /sys/class/gpio/gpio11/value
root@raspberrypi ~ # echo 9 > /sys/class/gpio/export
root@raspberrypi ~ # echo out > /sys/class/gpio/gpio9/direction
root@raspberrypi ~ # echo 1 > /sys/class/gpio/gpio9/value
root@raspberrypi ~ # echo 10 > /sys/class/gpio/export
root@raspberrypi ~ # echo out > /sys/class/gpio/gpio10/direction
root@raspberrypi ~ # echo 1 > /sys/class/gpio/gpio10/value

Jita kita mahu menggunakan pin GPIO sebagai input, sebagai contoh jika kita mahu menyambung butang atau suis, ikut contoh arahan di bawah.

root@raspberrypi ~ # echo 0 > /sys/class/gpio/export
root@raspberrypi ~ # echo in > /sys/class/gpio/gpio0/direction
root@raspberrypi ~ # cat /sys/class/gpio/gpio0/value

Selamat mencuba!

profile

Fairuz

http://www.tutorialmelayu.com

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

Comments

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

View Comments (1) ...
Navigation