Posts Tagged Under Menukar maklumat database cakephp

August 29th, 2009

Menukar maklumat database cakephp

Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, konfigurasi database perlulah ditukar kepada konfigurasi database anda. Bina satu database baru di http://localhost/phpmyadmin, namakan database itu dengan nama yang anda suka, untuk tutorial ini, saya gunakan blog_development sebagai nama database.

Cari file database.php.default yang terletak di /app/config/database.php.default dan rename file ini kepada database.php.
Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Tukar nilai login kepada root, kosongkan nilai password dan tukar nilai database kepada blog_development (atau nama database yang telah anda bina sebentar tadi)

	var $default = array(
		'driver' => 'mysql',
		'persistent' => false,
		'host' => 'localhost',
		'login' => 'root',
		'password' => '',
		'database' => 'blog_development ',
		'prefix' => '',
	);

Save file database.php dan refresh browser anda.

Konfigurasi:
cakePHP : 1.2.4.8284
xampp : 1.6.8
OS : windows

Posted in Cakephp 1.2
By
read more
Forum Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu