Posts Tagged Under ubuntu

March 1st, 2012

Boot LiveCD ISO berlainan dari USB pendrive dengan Grub2

Anda pasti berminat untuk mengikuti artikel ini jika anda:
1) Mahu mempunyai lebih daripada satu ISO dalam satu USB pendrive.
2) Anda malas untuk konfigurasi USB pendrive untuk menjadikannya bootable dengan LiveUSB creator.
3) Anda mahu boleh copy ISO dari PC anda terus ke dalam USB pendrive.

Langkah 1:
Tukar USBlabel kepada folder USB anda. Tukar /dev/sdx kepada device name USB anda. Langkah ini akan melakukan instalasi grub2 ke dalam MBR USB pendrive anda.

sudo grub-install --root-directory=/media/USBLabel /dev/sdx

Langkah 2:
- Buat fail konfigurasi grub.cfg di dalam /media/USBLabel/boot/grub/

Langkah 3:
- Letak file ISO anda di dalam /media/USBLabel/boot/isos/

menuentry "Ubuntu 11.10 Oneiric" {
    set isofile="/boot/isos/ubuntu-11.10-desktop-i386.iso"
 
    loopback loop $isofile 
    linux (loop)/casper/vmlinuz boot=casper iso-scan/filename=$isofile quiet splash noprompt --
    initrd (loop)/casper/initrd.lz
}

- Ulang langkah 3 bergantung kepada berapa banyak ISO yang anda mahu diletakkan di dalam USB pendrive.

Langkah 4:
- Dah takde langkah dah, tinggal boot je :)

Share
Posted in Ubuntu
By
read more
February 29th, 2012

Bina repositori tempatan (LAN) dengan apt-cacher

Artikel ini bersempena dengan Ubuntu Global Jam yang berlangsung dari 2-4 Mac 2012. Pihak loco Malaysia telah memilih beberapa tema yang difikirkan sesuai untuk peserta-peserta dari loco Malaysia seperti upgrade, dokumentasi, packaging, dan juga terjemahan. Untuk tema upgrade, setiap peserta akan melakukan upgrade Ubuntu masing-masing ke versi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 12.04 Precise Pangolin.

Untuk tema ini, satu masalah yang difirkan akan timbul adalah berkenaan dengan kelajuan muat-turun pakej naik-taraf dan juga saiz pakej-pakej yang akan dimuat-turun. Jadi, salah satu idea yang dibincangkan adalah menggunakan DebMirror. Dengan menggunakan debmirror kita akan memuat-turun keseluruhan repo Ubuntu yang mungkin saiznya mencecah ratusan GB. Jadi idea ini telah diabaikan dan kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan apt-cacher.

Idea di sebalik apt-cacher adalah satu mesin akan menjadi cacher dan mesin-mesin lain akan melalui mesin cacher ini untuk melakukan naik-taraf. Sebagai contoh jika di dalam LAN anda mempunyai 4 mesin, PC1, PC2, PC3 dan PC4 dan anda menjadikan PC1 sebagai cacher. Jika PC2, PC3 dan PC4 melakukan naik-taraf, ia akan meminta pakej-pakej yang diperlukan dari PC1. Untuk PC1, jika pakej yang diminta tidak berada dalam cache, ia akan memuat-turun pakej tersebut dan memasukkannya ke dalam ruang cache. Jadi jika ada mesin lain yang meminta pakej yang sama, PC1 tidak perlu lagi memuat-turun pakej tersebut dan boleh terus membekalkan pakej tersebut dari ruang cache.

KONFIGURASI CACHER
1) Instalasi apt-cacher

sudo apt-get install apt-cacher

2) Konfigurasi apt-cacher (tidak wajib)

sudo gedit /etc/apt-cacher/apt-cacher.conf &

3) Menjalankan apt-cacher setiap boot sistem.

sudo gedit /etc/default/apt-cacher &

Tukar AUTOSTART kepada 1.

4) Menjalankan apt-cacher

sudo /etc/init.d/apt-cacher restart

SIAP!

KONFIGURASI CLIENT

1) Backup sources.list

sudo cp /etc/apt/sources.list /etc/apt/sources.list.orig

2) Modifikasi sources.list untuk mengambil pakej dari cacher.

sudo gedit /etc/apt/sources.list &

Masukkan nombor IP cacher ke dalam link repo. Seperti contoh di bawah.

deb http://archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted
deb-src http://archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted

Ditukar menjadi

deb http://192.168.1.13:3142/archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted
deb-src http://192.168.1.13:3142/archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted

Buat untuk semua repo.

3) Update

sudo apt-get update

Contoh output:

Get:1 http://192.168.1.13 precise Release.gpg [198 B]
Get:2 http://192.168.1.13 precise-updates Release.gpg [198 B]
Get:3 http://192.168.1.13 precise-backports Release.gpg [198 B]
Get:4 http://192.168.1.13 precise-security Release.gpg [198 B]
Get:5 http://192.168.1.13 precise Release.gpg [72 B]
Get:6 http://192.168.1.13 precise Release [49.6 kB]
Get:7 http://192.168.1.13 precise-updates Release [28.9 kB]                                                    
Get:8 http://192.168.1.13 precise-backports Release [28.9 kB]                                                  
...
...                                   
Get:73 http://192.168.1.13 precise-security/main Translation-en [14 B]                                         
Get:74 http://192.168.1.13 precise-security/multiverse Translation-en [14 B]                                   
Get:75 http://192.168.1.13 precise-security/restricted Translation-en [14 B]                                   
Get:76 http://192.168.1.13 precise-security/universe Translation-en [14 B]                                     
Ign http://192.168.1.13 precise/main Translation-en_US                                                         
Ign http://192.168.1.13 precise/main Translation-en                                                            
Fetched 16.7 MB in 1min 46s (158 kB/s)                                                                         
Reading package lists... Done

Selamat mencuba!

Share
Posted in Ubuntu
By
read more
February 20th, 2012

[Ubuntu] Kompil kernel menggunakan git dari 3.3-rc3 ke 3.3-rc4

Untuk artikel ini, kita akan mengkompil kernel mainline 3.3-rc4 dari Linus dan saya beranggapan yang anda sudah pun mengkompil kernel 3.3-rc3.

1) Masuk pada direktori kernel anda.

cd linux

2) Update kernel tree anda

git pull

3) Langkah ini untuk mengemas kini fail konfigurasi kernel.

yes '' | make oldconfig

4) [tidak wajib] Anda kemudian boleh menukar konfigurasi kernel ini dengan menggunakan arahan di bawah.

make menuconfig

5) Membersihkan direktori kernel

make-kpkg clean

6) Proses kompil kernel. Bergantung kepada jumlah core processor anda, ia akan mengambil masa yang berlainan.

CONCURRENCY_LEVEL=`getconf _NPROCESSORS_ONLN` fakeroot make-kpkg --initrd --append-to-version=-custom kernel_image kernel_headers

7)

cd ..

8 ) Instalasi kernel

sudo dpkg -i linux-image-3.3.0-rc4-custom-fairuz+_3.3.0-rc4-custom-fairuz+-10.00.Custom_i386.deb
sudo dpkg -i linux-headers-3.3.0-rc4-custom-fairuz+_3.3.0-rc4-custom-fairuz+-10.00.Custom_i386.deb

9) Reboot.

sudo reboot

Hasilnya:

fairuz@themachine:~/build$ uname -a
Linux themachine 3.3.0-rc4-custom-fairuz+ #1 SMP Sun Feb 19 19:35:27 CET 2012 i686 i686 i386 GNU/Linux
Share
Posted in Ubuntu
By
read more
February 20th, 2012

[Ubuntu] Kompil mainline kernel

Untuk artikel ini, kita akan mengkompil kernel mainline dari Linus untuk digunakan di dalam Ubuntu 11.10. Kita akan cuba untuk mengkompil kernel 3.3-rc3 untuk digunakan di dalam Ubuntu 11.10.

Keperluan:

sudo apt-get install git-core kernel-package fakeroot build-essential ncurses-dev

Kita memerlukan beberapa package untuk memastikan proses kompil berjalan dengan lancar.

1) Masuk direktori yang mana anda kita akan melakukan proses kompil. Saya membuat satu direktori yang saya namakan “build”.

mkdir -p build
cd build

2) Klon kernel mainline git tree. Bergantung kepada kelajuan internet anda, langkah ini mungkin mengambil sedikit masa memandangkan hampir 600MB perlu dimuat turun.

git clone git://git.kernel.org/pub/scm/linux/kernel/git/torvalds/linux.git

3) Masuk direktori linux.

cd linux

4) Untuk memastikan tiada masalah yang mungkin timbul, kita akan menggunakan konfigurasi kernel Ubuntu (yang sedang anda gunakan) untuk kernel baru ini.

cp /boot/config-`uname -r` .config

5) Langkah ini untuk mengemas kini fail konfigurasi kernel.

yes '' | make oldconfig

6) [tidak wajib] Anda kemudian boleh menukar konfigurasi kernel ini dengan menggunakan arahan di bawah.

make menuconfig

7) Langkah ini untuk mengelak error pada make-dpkg

sed -rie 's/echo "\+"/#echo "\+"/' scripts/setlocalversion

8 ) Membersihkan direktori kernel

make-kpkg clean

9) Proses kompil kernel. Bergantung kepada jumlah core processor anda, ia akan mengambil masa yang berlainan.

CONCURRENCY_LEVEL=`getconf _NPROCESSORS_ONLN` fakeroot make-kpkg --initrd --append-to-version=-custom kernel_image kernel_headers

10)

cd ..

11) Instalasi kernel

sudo dpkg -i linux-image-3.3.0-rc3-custom-fairuz+_3.3.0-rc3-custom-fairuz+-10.00.Custom_i386.deb
sudo dpkg -i linux-headers-3.3.0-rc3-custom-fairuz+_3.3.0-rc3-custom-fairuz+-10.00.Custom_i386.deb

12) Reboot.

sudo reboot

Hasilnya:

fairuz@themachine:~/build$ uname -a
Linux themachine 3.3.0-rc3-custom-fairuz+ #1 SMP Sun Feb 19 19:35:27 CET 2012 i686 i686 i386 GNU/Linux
Share
Posted in Ubuntu
By
read more
Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu