Bina repositori tempatan (LAN) dengan apt-cacher
Wednesday, February 29th, 2012Artikel ini bersempena dengan Ubuntu Global Jam yang berlangsung dari 2-4 Mac 2012. Pihak loco Malaysia telah memilih beberapa tema yang difikirkan sesuai untuk peserta-peserta dari loco Malaysia seperti upgrade, dokumentasi, packaging, dan juga terjemahan. Untuk tema upgrade, setiap peserta akan melakukan upgrade Ubuntu masing-masing ke versi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 12.04 Precise Pangolin.
Untuk tema ini, satu masalah yang difirkan akan timbul adalah berkenaan dengan kelajuan muat-turun pakej naik-taraf dan juga saiz pakej-pakej yang akan dimuat-turun. Jadi, salah satu idea yang dibincangkan adalah menggunakan DebMirror. Dengan menggunakan debmirror kita akan memuat-turun keseluruhan repo Ubuntu yang mungkin saiznya mencecah ratusan GB. Jadi idea ini telah diabaikan dan kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan apt-cacher.
Idea di sebalik apt-cacher adalah satu mesin akan menjadi cacher dan mesin-mesin lain akan melalui mesin cacher ini untuk melakukan naik-taraf. Sebagai contoh jika di dalam LAN anda mempunyai 4 mesin, PC1, PC2, PC3 dan PC4 dan anda menjadikan PC1 sebagai cacher. Jika PC2, PC3 dan PC4 melakukan naik-taraf, ia akan meminta pakej-pakej yang diperlukan dari PC1. Untuk PC1, jika pakej yang diminta tidak berada dalam cache, ia akan memuat-turun pakej tersebut dan memasukkannya ke dalam ruang cache. Jadi jika ada mesin lain yang meminta pakej yang sama, PC1 tidak perlu lagi memuat-turun pakej tersebut dan boleh terus membekalkan pakej tersebut dari ruang cache.
KONFIGURASI CACHER
1) Instalasi apt-cacher
sudo apt-get install apt-cacher |
2) Konfigurasi apt-cacher (tidak wajib)
sudo gedit /etc/apt-cacher/apt-cacher.conf & |
3) Menjalankan apt-cacher setiap boot sistem.
sudo gedit /etc/default/apt-cacher & |
Tukar AUTOSTART kepada 1.
4) Menjalankan apt-cacher
sudo /etc/init.d/apt-cacher restart |
SIAP!
KONFIGURASI CLIENT
1) Backup sources.list
sudo cp /etc/apt/sources.list /etc/apt/sources.list.orig |
2) Modifikasi sources.list untuk mengambil pakej dari cacher.
sudo gedit /etc/apt/sources.list & |
Masukkan nombor IP cacher ke dalam link repo. Seperti contoh di bawah.
deb http://archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted deb-src http://archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted |
Ditukar menjadi
deb http://192.168.1.13:3142/archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted deb-src http://192.168.1.13:3142/archive.ubuntu.com/ubuntu oneiric main restricted |
Buat untuk semua repo.
3) Update
sudo apt-get update |
Contoh output:
Get:1 http://192.168.1.13 precise Release.gpg [198 B] Get:2 http://192.168.1.13 precise-updates Release.gpg [198 B] Get:3 http://192.168.1.13 precise-backports Release.gpg [198 B] Get:4 http://192.168.1.13 precise-security Release.gpg [198 B] Get:5 http://192.168.1.13 precise Release.gpg [72 B] Get:6 http://192.168.1.13 precise Release [49.6 kB] Get:7 http://192.168.1.13 precise-updates Release [28.9 kB] Get:8 http://192.168.1.13 precise-backports Release [28.9 kB] ... ... Get:73 http://192.168.1.13 precise-security/main Translation-en [14 B] Get:74 http://192.168.1.13 precise-security/multiverse Translation-en [14 B] Get:75 http://192.168.1.13 precise-security/restricted Translation-en [14 B] Get:76 http://192.168.1.13 precise-security/universe Translation-en [14 B] Ign http://192.168.1.13 precise/main Translation-en_US Ign http://192.168.1.13 precise/main Translation-en Fetched 16.7 MB in 1min 46s (158 kB/s) Reading package lists... Done |
Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

