Menukar aturan DHCP kepada static IP dalam ubuntu

Saturday, October 31st, 2009

Sekiranya anda install ubuntu untuk pertama kali, selalunya konfigurasi network akan ditetapkan untuk melalui DHCP. Untuk menukar konfigurasi ini kepada static IP, anda perlu mengubah fail /etc/network/interfaces dan memasukkan alamat IP yang anda mahu tetapkan untuk server ubuntu anda (dalam contoh ini saya menggunakan 192.168.10.1)

1
sudo gedit /etc/network/interfaces

Konfigurasi asas untuk dhcp adalah seperti berikut:

1
2
3
4
    # The primary network interface

    auto eth0
    iface eth0 inet dhcp

Tukar kod di atas kepada berikut:

1
2
3
4
5
6
7
    # The primary network interface

    auto eth0
    iface eth0 inet static
    address 192.168.10.1
    netmask 255.255.255.0
    gateway 192.168.10.100

192.168.10.100 adalah gateway anda, dalam kes ini, ia adalah alamat IP routeur network saya. Alamat IP anda mungkin berbeza. Setelah itu, kita perlu restart semula service network dengan menggunakan command berikut:

1
sudo /etc/init.d/networking restart

Selamat mencuba!

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ..

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France

Leave a Reply