Ubuntu
Pindah keseluruhan instalasi Ubuntu
Posted on .Ini untuk mereka yang mahu memindahkan keseluruhan installation Ubuntu mereka ke drive yang lain. Contohnya sebelum ini Ubuntu diinstall di /dev/sdb1 dan anda mahu memindahkannya ke /dev/sdc1. Dalam kes saya, saya mahu memindahkan keseluruhan instalasi Ubuntu ke dalam hard disk kosong yang tidak digunakan (tanpa re-install Ubuntu)
Notis: Saya tidak bertanggungjawab jika instalasi Ubuntu anda korup atau hilang. 🙂
Notis: Untuk menyenangkan transfer, saya telah mengurangkan mount point kepada satu. (hanya /)
Langkah pertama: Boot dengan Live DVD.
Langkah kedua: Format drive baru anda menggunakan gparted.
Langkah ketiga: mount kedua-dua drive
$ sudo mkdir /mnt/sdb
$ sudo mount /dev/sdb1 /mnt/sdb
$ sudo mkdir /mnt/sdc
$ sudo mount /dev/sdc1 /mnt/sdc
Langkah keempat: rsync kedua-dua drive
$ sudo rsync -aXS /mnt/sdb/. /mnt/sdc/.
Langkah kelima: Kemas kini fstab
$ sudo vi /etc/fstab
Ubah UUID / supaya ianya sepadan dengan UUID drive baru anda. Untuk mengetahui UUID drive baru, boleh gunakan arahan sudo blkid.
Langkah keenam: Install grub
$ sudo mount --bind /dev /mnt/sdc/dev
$ sudo mount --bind /proc /mnt/sdc/proc
$ sudo chroot /mnt/sdc
# grub-install /dev/sdc
Langkah ketujuh: Reboot dan tukar boot order anda supaya drive baru ini berada dalam posisi boot pertama.
Langkah kelapan: Update grub
Jika anda mempunyai instalasi Windows, anda akan mendapati WIndows tiada dalam list grub. Update grub untuk mengatasi masalah ini.
$ sudo update-grub
Jika tiada masalah, anda boleh padam instalasi Ubuntu lama anda (dalam kes saya, /dev/sdb1)
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.