Tambah user ke dalam senarai “sudoers”
Sunday, November 1st, 2009Untuk memberi seseorang user kebolehan untuk melakukan command sudo, anda perlu meletakkan mereka di dalam senarai yang dipanggil “sudoers”.
1 | sudo adduser username admin |
Command ini mesti dibuat oleh user yang boleh melakukan sudo ataupun oleh root account. Alternatif lain untuk menambah user ke dalam senarai sudoers adalah dengan mengedit fail sudoers:
1 | sudo gedit /etc/sudoers |
Cari line ini:
1 | root ALL = (ALL) ALL |
Kemudian tambah line ini di bawah line di atas:
1 | user ALL = (ALL) ALL |
Gantikan user dengan nama user yang anda ingin tambah ke dalam senarai sudoers. Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





