Tambah/Padam user dalam Ubuntu
Monday, November 2nd, 2009Untuk menambah user, guna command di bawah. Anda akan ditanya untuk memasukkan maklumat tambahan seperti nama; no telefon dan sebagainya.
1 | sudo adduser username |
Contoh jika anda ingin menambah seorang user mdpai:
1 | sudo adduser mdpai |
Untuk memadam user, guna command di bawah:
1 | sudo deluser username |
Walaupun anda memadam user tersebut dari sistem, folder home user tersebut tidak akan dipadam. Jadi, ia bergantung kepada anda untuk memadam sendiri folder tersebut atau memindahkannya ke tempat lain, contohnya archived_user
Untuk lock atau unlock seseorang user pula, guna command di bawah:
1 2 | sudo passwd -l username sudo passwd -u username |
Command di bawah pula digunakan untuk menambah/memadam kumpulan user (group user):
1 2 | sudo addgroup groupname sudo delgroup groupname |
Untuk menambah seseorang user ke dalam sesebuah group:
1 | sudo adduser username groupname |
Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





