Ubuntu
Tukar mount point /home
Posted on .Artikel ini ditujukan untuk mereka yang mahu mengubah mount point /home. Contoh: Anda beli HDD baru dan mahu /home anda di”point” ke HDD baru ini (atau salah satu partition di dalam hdd ini).
Langkah pertama ialah format partition tersebut dengan menggunakan gparted. (saya format dalam ext4, tetapi ia tidak semestinya ext4).
Langkah kedua, mengetahui UUID partition tersebut:
$ sudo blkid
Contoh output:
/dev/sdc1: LABEL="hdd500gb" UUID="0e5d85b2-599e-44e3-9f46-2fbff2301182" TYPE="ext4"
Langkah ketiga, mount partition baru ini di /media/home dengan mengubah fstab. Bagi mereka yang paranoid, boleh copy dahulu fstab ini untuk tujuan backup. Bagi yang berani mati, boleh terus mengubah fail ini.
Kemudian masukkan UUID partition anda ke dalam fail ini beserta dengan mount point yang kita pilih. Dalam contoh ini saya mount ke /media/home
$ sudo mkdir /media/home
$ gksu gedit /etc/fstab &
Dalam fstab, tambah line ini:
UUID=0e5d85b2-599e-44e3-9f46-2fbff2301182 /media/home ext4 nodev,nosuid 0 2
Jangan lupa tukar UUID kepada UUID partition anda.
Restart PC.
Partition baru anda sepatutnya telah dimount secara otomatik ke /media/home. Anda boleh lihat dengan menggunakan arahan mount
Contoh:
/dev/sdc1 on /media/home type ext4 (rw,nosuid,nodev)
Sekarang kita akan menyalin semua fail-fail yang terdapat di dalam /home ke dalam partition baru /media/home
$ sudo rsync -aXS /home/. /media/home/.
Ok, sekarang /home dan /media/home sepatutnya sama dari segi kandungan fail-fail. Proses switch boleh dimulakan.
$ gksu gedit /etc/fstab &
Tukar /media/home kepada /home
Kemudian rename /home lama anda kepada /old_home dan bina /home baru.
$ sudo mv /home /old_home
$ sudo mkdir -p /home
Restart PC.
Jika semuanya berjalan lancar, delete /old_home.
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.