ZTE MF627 USB modem driver untuk Win 7
Sunday, November 6th, 2011Firmware yang dibekalkan dengan modem ZTE MF627 (anda boleh rujuk nombor ini di badan modem anda) untuk Celcom broadband hanya boleh diinstall di Windows XP atau Vista. Jika anda menggunakan Win 7, masalah yang mungkin timbul adalah firmware tersebut tidak akan mengenalpasti simcard anda.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menggunakan driver yang lebih terkini (anda masih boleh menggunakan firmware yang sama).
http://mymobile.three.co.uk:8080/downloads/MF627_Windows_7DriverSetup.exe
Jika anda mendapat error 123 ketika proses sambungan (connect), pastikan dalam Setting bahawa anda mempunyai sekurang-kurangnya satu fail konfigurasi. Hanya isi ruangan nombor panggilan. Anda boleh gunakan *99***2# .
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

