Dapatkan home baru untuk cakephp (alternatif kepada home.ctp)
Thursday, November 26th, 2009Selalunya untuk menukar homepage aplikasi, kita perlu mengubah home.ctp yang terletak di /app/view/layouts/pages/. Walaubagaimanapun, secara asasnya, fail² view yang terdapat di dalam folder pages adalah page² yang statik.
Untuk menukar homepage anda kepada fail view yang berbeza, anda hanya perlu menukar root route anda. Lihat contoh di bawah:
Jika sebagai contoh saya mempunyai controller yang dinamakan Books dan di dalamnya mempunyai satu action senarai() yang saya mahu jadikan sebagai homepage saya, anda hanya perlu mengubah /app/config/routes.php kepada berikut:
1 2 3 | <?php Router::connect('/', array('controller' => 'books', 'action' => 'senarai')); ?> |
Tukar books dan senarai mengikut keperluan anda. Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





