Langkah pertama PHP

Wednesday, January 28th, 2009

Ok, saya akan mulakan dengan asas-asas PHP terlebih dahulu, takut ada yang masih kosong dengan PHP ni.

Nasihat saya sebelum anda baca dengan lebih lanjut, pastikan anda telahpun faham (40% faham pun tak mengapa) kod HTML, terutamanya HTML Form. Kerana saya yakin anda akan mengalami kesulitan jika anda belum lagi menguasai HTML. Tapi saya yakin bahawa jika anda betul-betul menguasai HTML, anda tiada masalah untuk menguasai PHP.

Lupa pula saya nak memberitahu software yang diperlukan untuk membuat satu web PHP; sama seperti nak buat kek, kita perlukan bahan-bahannya. =) Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak; text editor dan local server. Contoh text editor seperti Dreamweaver, notepad++, PSPad, Kate, dan Emacs, dan contoh local server seperti XAMPP.

Download Notepad++
Download PSPad
Download XAMPP

Selepas installation xampp, buka xampp anda dah tekan Start pada Apache dan MySQL

xampp

Akan tetapi jika selepas anda menekan Start Apache tetapi “running” tidak juga keluar, berkemungkinan IIS Windows anda sedang beroperasi. Jadi anda perlu menutup dahulu IIS tersebut.

Proses menutup IIS;
1) Right-click pada My Computer dan tekan Manage
2) Tekan Services, dan cari IIS
3) Right-click pada IIS dan tekan stop

iis

Jika Apache dan MySQL telah beroperasi (terdapat perkataan “running” di tepi setiap service), buka browser anda dan masukkan http://localhost/ . Jika anda mendapat output seperti di bawah, anda telah pun bersedia untuk memulakan script PHP pertama anda!

xampp2

Video Tutorial

xampp

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ...

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France
  1. January 5, 2010 at 8:52 am
    • January 6, 2010 at 4:50 am
  2. akmal
    February 10, 2010 at 2:00 am

Trackbacks/Pingbacks

Leave a Reply