Menukar maklumat database cakephp
Saturday, August 29th, 2009Untuk membolehkan anda menggunakan cakePHP, konfigurasi database perlulah ditukar kepada konfigurasi database anda. Bina satu database baru di http://localhost/phpmyadmin, namakan database itu dengan nama yang anda suka, untuk tutorial ini, saya gunakan blog_development sebagai nama database.
Cari file database.php.default yang terletak di /app/config/database.php.default dan rename file ini kepada database.php.
Buka file ini menggunakan editor php anda (contoh notepad++). Tukar nilai login kepada root, kosongkan nilai password dan tukar nilai database kepada blog_development (atau nama database yang telah anda bina sebentar tadi)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 | var $default = array( 'driver' => 'mysql', 'persistent' => false, 'host' => 'localhost', 'login' => 'root', 'password' => '', 'database' => 'blog_development ', 'prefix' => '', ); |
Save file database.php dan refresh browser anda.
Konfigurasi:
cakePHP : 1.2.4.8284
xampp : 1.6.8
OS : windows
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





