Menulis function php sendiri – asas
Sunday, March 29th, 2009Ok, kepada yang pernah balajar C atau C++ mungkin tahu bahawa function amat berguna di dalam dunia atur cara. Ia membenarkan kita menggunakan kembali sesuatu blok script bila-bila masa kita perlukan tanpa perlu menulis balik script tersebut.
Langkah yang perlu diingati semasa membina function PHP:
- bermula dengan “function”
- namakan function anda
- “{” pada permulaan function anda
- kod-kod anda
- akhiri dengan “}”
Sebagai contoh pertama, kita akan menulis function NamaSaya() yang akan memaparkan nama apabila dipanggil:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 | <?php //function function NamaSaya() { echo "Wan Mohd Fairuz"; } //contoh penggunaan echo "Selamat Datang "; NamaSaya(); echo "Nama anda "; NamaSaya(); ?> |
Anda boleh perhatikan yang saya telah menggunakan dua kali function NamaSaya dalam code di atas tanpa perlu menaip dua kali code yang sama. Tutorial function yang akan datang akan menerangkan dengan lebih lanjut penggunaan function yang lebih advance.
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





