Menambah pangkalan data dan table

Saturday, September 4th, 2010

MySQL tidaklah serumit kebanyakan bahasa pengaturcaraan yang lain seperti PHP atau Javascript, maka cara terbaik untuk belajar adalah dengan meniru contoh-contoh yang sudah sedia ada dan mengubahnya mengikut keperluan anda. Oleh kerana tutorial MySQL ini menumpukan pada kombinasi MySQL dan PHP, maka seeloknya anda sudah mempunyai asas² PHP sebelum memulakan MySQL.

Kita akan memulakan tutorial dengan belajar bagaimana untuk membuat pangkalan data yang baru dan juga bagaimana memulakan sambungan (connection) ke pangkalan data (database).

Menambah pangkalan data yang baru

taip http://localhost/phpmyadmin pada browser anda. (Pastikan anda telah buka xampp, dan apache dan mysql sedang berfungsi). Untuk tutorial ini, kita akan membuat pangkalan data yang bernama tutorial. Cari Create new database, masukkan tutorial dan tekan butang Create.

Anda akan di bawa ke pangkalan data tutorial di mana anda boleh menambah table² yang boleh anda gunakan kemudian. Sebagai contoh, kita akan menyimpan data tentang nama pekerja, umur dan jawatan mereka. Jadi kita akan membuat satu table yang akan dinamakan Pekerja.

Cari Create new table on database kemudian masukkan Pekerja. Kita memerlukan 3 kolum (untuk nama pekerja, umur dan jawatan), jadi di ruangan number of fields, kita masukkan nilai 3. Tekan Create.

Anda akan dibawa ke page di mana anda perlu menetapkan konfigurasi untuk dua kolum anda tadi. Untuk kolum pertama, kita masukkan nama pada ruangan Field, type Varchar, dan length 100. Untuk kolum kedua pula, masukkan umur pada ruangan Field, type Int, dan length 3. Untuk kolum ketiga, masukkan jawatan dalam ruangan Field, type varchar, dan length 100. Tekan save.

Kemudian, kita boleh memasukkan secara manual maklumat beberapa pekerja ke dalam table ini. Tekan Insert untuk tujuan ini. Masukkan beberapa nama dan tekan butang Go.

Kemudian tekan Browse untuk memastikan maklumat tadi tersimpan baik di dalam database.

Selamat mencuba!

Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under:

ABOUT THIS AUTHOR

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
  1. March 1, 2011 at 12:30 pm

Leave a Reply

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu