mysql
mendapatkan maklumat daripada pangkalan data
Posted on .Dalam post sebelum ini, kita menggunakan kata kunci (keyword) “INSERT INTO” untuk memasukkan data baru ke dalam pangkalan data. Untuk mendapatkan semula data yang telah dimasukkan itu, kita boleh menggunakan kata kunci “SELECT”. Meneruskan contoh kita dalam post-post sebelum ini dengan menggunakan table “pekerja”.
";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja") or die(mysql_error());
$row = mysql_fetch_array( $result );
// Paparkan hasil query
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
?>
Ini akan memaparkan data terakhir yang dimasukkan ke dalam table “pekerja”.
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja")
Kod di atas bermaksud “pilih semua data dari table pekerja” dan masukkan ke dalam variable $result. Tetapi $result ini tidak boleh dimanipulasi terus untuk memaparkan data.
$row = mysql_fetch_array( $result );
mysql_fetch_array akan memberi kita associative array dan disimpan di dalam variable $row. Jadi kita boleh mengakses nilai dengan mengetahui key yang betul seperti $row[“nama”] atau $row[“umur”].
Jika dilihat pada contoh di awal tutorial ini, saya mengatakan bahawa “SELECT * FROM pekerja” akan mengambil semua data dari pangkalan data akan tetapi saya hanya memaparkan data untuk pekerja yang terakhir dimasukkan.
Untuk memaparkan semua pekerja, kita perlu memanggil mysql_fetch_array berulang kali. Ini boleh dilakukan dengan bantuan loop while seperti contoh akhir di bawah.
";
mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error());
echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!";
$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja") or die(mysql_error());
while($row = mysql_fetch_array( $result )){
// Paparkan hasil query
echo "Nama: ".$row['nama'];
echo " Umur: ".$row['umur'];
echo " Jawatan: ".$row['jawatan'];
echo "";
}
?>
Yang mana akan memaparkan:
Sambungan ke MySQL berjaya!
Sambungan ke pangkalan data berjaya!
Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani
Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus
Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,