Mengubah nilai di dalam pangkalan data
Friday, October 14th, 2011Kita akan menyambung tutorial dengan cara untuk mengubah nilai atau data di dalam pangkalan data dengan bantuan PHP dan MySQL pada table “pekerja” yang mempunyai 3 kolum “nama”, “umur”, dan “jawatan”. Pada tutorial yang lalu, kita telah memasukkan 3 pekerja ke dalam pangkalan data.
Nama: Timah Umur: 23 Jawatan: Kerani Nama: Karim Umur: 25 Jawatan: Pengurus Nama: Abu Umur: 19 Jawatan: Dispatch boy |
Pada tutorial kali ini, kita akan cuba mengubah nilai data yang sudah wujud di dalam pangkalan data. Sebagai contoh, kita akan mengubah jawatan Timah kepada Penyelaras. Lihat contoh di bawah.
<?php mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error()); mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error()); $result = mysql_query("UPDATE pekerja SET jawatan='Penyelaras' WHERE nama='Timah'") or die(mysql_error()); $result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja WHERE nama='Timah'") or die(mysql_error()); $row = mysql_fetch_array( $result ); echo "Nama: ".$row['nama']; echo " Umur: ".$row['umur']; echo " Jawatan: ".$row['jawatan']; echo "</br>"; ?> |
Jika kita mahu melihat kod yang membuat pengubahsuaian itu.
mysql_query("UPDATE pekerja SET jawatan='Penyelaras' WHERE nama='Timah'") |
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.
