Tutorial Melayu

MySQL : Langkah pertama ke alam pangkalan data

Introduction

user

Fairuz

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,


LATEST POSTS

Nota: git alias yang biasa digunakan 05th December, 2013

Nota: Android .gitignore 23rd February, 2013

mysql

MySQL : Langkah pertama ke alam pangkalan data

Posted on .

Mengapa menggunakan MySQL?

MySQL digunakan untuk menyimpan maklumat yang boleh kita kelompokkan di bawah beberapa kategori yang ditentukan. Jika anda belum biasa dengan istilah pangkalan data atau database ini, anda boleh menganggap pangkalan data ini sebagai sebuah fail Excel. Di mana sheets boleh diumpamakan sebagai tables di dalam database dan dalam sebuah table pula, anda mempunyai kolum dan juga baris.

Kita boleh ambil pangkalan data (database) sebuah syarikat sebagai contoh. Database ini mungkin mempunyai 3 table iaitu Pekerja, Pelanggan dan juga Pegawai. Setiap table ini pula akan mempunyai medan (atau kolum) yang tertentu, sebagai contoh untuk table Pekerja, mungkin terdapat medan nama, umur dan juga jawatan.

Siri tutorial MySQL ini fokus kepada penggunaan MySQL dengan bahasa pengaturcaraan PHP. Jika anda menggunakan bahasa pengaturcaraan yang lain, konsepnya tidak jauh berbeza.

Untuk memudahkan anda mempelajari MySQL, kita tidak akan menggunakan command line untuk mengendalikan database. Sebaliknya kita akan menggunakan phpmyadmin. Phpmyadmin selalunya disertakan sekali jika anda menggunakan xampp ataupun lamp.

Apa yang menarik tentang MySQL ialah ianya amat senang digunakan kerana syntax atau cara penggunaannya senang dibaca dan difahami. Sebagai contoh kita mahu mengambil semua data dari sebuah table bernama pekerja.

$result = mysql_query("SELECT * FROM pekerja")

Senang bukan? “SELECT * FROM pekerja” membawa maksud PILIH semua DARI table bernama pekerja. Anda sepatutnya perasan yang ada sesetengah perkataan dalam syntax mysql yang menggunakan huruf besar. Perkataan seperti SELECT dan FROM merupakan kata kunci mysql dan tidak boleh digunakan di tempat lain, contohnya anda tidak boleh membuatsebuah table dengan nama SELECT.

Penggunaan huruf besar tidaklah wajib untuk kata-kata kunci mysql tetapi saya amat menggalakkan penggunaan huruf besar untuk membolehkan syntax itu senang dibaca dan difahami. Jadi syntax di atas boleh juga ditulis sebegini:

$result = mysql_query("select * from pekerja")
profile

Fairuz

http://www.tutorialmelayu.com

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

There are no comments.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

View Comments (0) ...
Navigation