Sambungan ke pangkalan data
Sunday, October 9th, 2011Sebelum boleh menggunakan pangkalan data atau database MySQL, kita perlu membuat sambungan ke pelayan pangkalan data mysql seperti berikut:
<?php mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error()); echo "Sambungan ke MySQL berjaya!<br />"; ?> |
Jika anda paparkan hasil kod di atas, dan jika kata nama dan kata laluan yang diberikan tepat, anda sepatutnya mendapat paparan “Sambungan ke MySQL berjaya”. Walaubagaimanapun jika anda memberikan kata nama atau kata laluan yang salah, mysql_error() akan memberikan paparan error yang berkenaan.
Setelah berjaya membuat sambungan ke pelayan pangkalan data (database server), langkah seterusnya adalah memilih pangkalan data yang mahu kita guna. Katakan anda mahu menggunakan pangkalan data bernama “tutorial” seperti di dalam tutorial menambah pangkalan data.
<?php mysql_connect("localhost", "mdpai", "mdpai123") or die(mysql_error()); echo "Sambungan ke MySQL berjaya! <br />"; mysql_select_db("tutorial") or die(mysql_error()); echo "Sambungan ke pangkalan data berjaya!"; ?> |
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

