PHP array
Friday, April 3rd, 2009Array adalah satu struktur yang boleh menyimpan satu atau lebih nilai. Anda boleh andaikan ia sebagai satu variable yang boleh menyimpan pelbagai nilai serentak. Ia sesuai digunakan jika anda ingin menyimpan beberapa nilai mengikut kumpulan yang sama. Untuk contoh, kita andaikan kita mahu menyimpan nama-nama pelajar di dalam array $pelajar.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 | <?php $pelajar[0] = "abu"; $pelajar[1] = "bedah"; $pelajar[2] = "kasim"; $pelajar[3] = "husin"; $pelajar[] = "mdpai"; $pelajar[] = "mirul"; //output print_r($pelajar); ?> |
Perhatikan bahawa nombor indeks sesuatu array bermula dari 0. Jadi, $pelajar[0] merujuk kepada nilai pertama array $pelajar, manakala $pelajar[3] merujuk kepada nilai ke empat array ini. Jika kita tidak memasukkan apa-apa nilai indeks ke dalam array tersebut, (seperti contoh terakhir di atas) secara automatik, nilai tersebut akan dimasukkan ke nombor indeks terakhir yang kosong. Dalam contoh ini, mdpai akan menjadi nilai ke lima array $pelajar manakala mirul nilai ke enam array $pelajar.
Setiap ahli array boleh dianggap sebagai variable yang berasingan. Lihat contoh di bawah yang menyimpan markah-markah seorang pelajar di dalam satu array dan kemudian mengira purata markah pelajar tersebut.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 | <?php $markah[0] = 85; $markah[1] = 91; $markah[2] = 50; $purata = ($markah[0] + $markah[1] + $markah[2]) / 3; echo "purata markah $purata "; ?> |
Terdapat satu lagi jenis array yang sering digunakan iaitu associative array. Untuk array jenis ini, kita bagaikan memberikan nama untuk setiap ahli array tersebut. Lihat contoh di bawah untuk lebih memahami konsep associative array.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 | <?php $markah["matematik"] = 85; $markah["fizik"] = 91; $markah["elektrik"] = 50; $purata = ($markah["matematik"] + $markah["fizik"] + $markah["elektrik"]) / 3; echo "purata markah $purata "; ?> |
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.






tahu x camner nak wat group untuk satu email? cam kita wat email company tapi nak wat group xtau camner untuk ketua jabatan n ketua bahagian
nyot nyot
apa la yang dinyonyotkan ni.. hehe