php string

Sunday, February 8th, 2009

Di dalam post variable yang lepas, kita telah menggunakan function echo untuk output sesuatu kepada browser. Kali ini pula, kita akan memahami dengan lebih lanjut tentang php string. Kita boleh gunakan string untuk output terus kepada browser atau untuk disimpan di dalam variable. Output untuk kedua-duanya adalah sama. Lihat contoh;

<?php
   $my_string = 'Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com';
   echo $my_string;
   echo 'Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com';
?>

Jika anda perasan, dalam post yang lepas saya menggunakan “string saya”, manakala kali ini saya menggunakan ‘string saya’. Kedua-dua cara ini betul tetapi ada sedikit perbezaan yang mana boleh membuatkan anda pening kepala jika tidak digunakan dengan betul.

<?php
   $bahasa = "melayu";
   echo "Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com<br>";
   echo 'Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com<br>';
?>

Output untuk kod di atas

   Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com
   Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com

Variable tidak akan digantikan dengan nilainya jika digunakan di dalam ‘ ‘ !!

800px-php-n_logosvg1

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ..

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France

Leave a Reply