Hello world
Wednesday, January 28th, 2009Post kali ini membolehkan anda membina script PHP pertama anda. Saya andaikan anda install xampp dengan menggunakan konfigurasi asal. Jika anda masih belum tahu cara instalasi xampp, rujuk post ini. Buka folder xampp anda, kemudian buka folder htdocs. Di dalam folder htdocs ini, create satu folder baru dan namakan sebagai tutorial.
Kemudian buka text editor anda (dreamweaver atau notepad++) dan create satu file index.php dan save file ini di dalam folder tutorial yang telah kita create sebentar tadi.

Tulis code ini di dalam index.php
<?php echo "Hello World!"; ?> |
- Guna echo untuk output sesuatu kepada browser
- String mesti dimulai dengan ” dan diakhiri dengan ” . Tanda ‘ juga boleh digunakan untuk menggantikan “.
- Akhiri setiap penyataan php anda dengan tanda ;
Save file ni, dan buka browser anda. http://localhost/tutorial/index.php
Output anda sepatutnya seperti berikut;

..Walaupun anda boleh copy paste sahaja code dari tutorial ini, namun saya cadangkan anda menaip sendiri kod tersebut kerana dengan menaip sendiri, lebih mudah untuk kita memahami kod tersebut…

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.





