html form
Sunday, March 29th, 2009HTML form digunakan untuk mengumpul maklumat dari pengguna (users) dan menghantar maklumat ini ke server untuk diproses. Untuk tutorial ini, saya akan menunjukkan contoh ringkas di mana pengguna akan memasukkan nama dan e-mail mereka, dan kita akan memaparkan maklumat ini kembali kepada pengguna tersebut.
Contoh form.html
<html><body> <h4>Tutorial Melayu E- Commerce</h4> <form action="proses.php" method="post"> Nama: <input type="text" name="nama"/><br> Email: <input type="text" name="email"/> <input type="submit" /> </form> </body></html> |
Jika anda perhatikan, saya meletakkan attribute action=”proses.php” di dalam tag form html di atas. Ia membawa maksud, jika pengguna menekan butang submit, hantar semua maklumat dari html form ke page proses.php. Jadi secara ringkasnya
Contoh proses.php
<?php $nama = $_POST['nama']; $email = $_POST['email']; $masa = echo date('l jS \of F Y h:i:s A'); echo "Selamat Datang $nama. <br>"; echo "Email anda ialah $email <br>"; echo "Masa : $masa <br>"; ?> |
Semua maklumat dari html form boleh diperolehi dari variable $_POST. Jika anda perhatikan, di dalam form.html, saya telah setkan name=”nama” dan name=”email” : nama-nama inilah yang akan kita gunakan untuk mengenal pasti maklumat mana yang mahu kita proses. Dalam tutorial ringkas ini, saya hanya menggunakan maklumat yang saya perolehi dari user untuk dipaparkan semula ke dalam browser.
Kita boleh bayangkan yang, kita boleh membuat perkiraan, perubahan, sambungan ke pangkalan data, atau apa saja dengan menggunakan maklumat yang diperolehi dari html form ini. Untuk memastikan anda boleh mengatur cara php dengan baik, pastikan anda betul-betul faham dengan bagaimana html form berfungsi.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.


salam..
minta tambahkan lagi maklumat berkenaan dengan html.. nota yang sangat menarik kerana mudah difahami..
terima kasih bebanyak mdpai..
ok tiada masalah.. saya akan tambah bila ada masa terluang nnt..
nampak menarik sangat, sayangnya saya ni buta html ataupun apa yang saya panggil programming ler…saya tak pernah belajar komputer walau basic pun….semuanya saya test sendiri…pas tu komputer rosak kena repair…yang lainnya saya cuba-cuba je.
bab yang ini saya belum dapat paham pun apa ke benda ni…anyway u still got my vote….mungkin nanti ada yang lebih mudah utk saya aganya
takde masalah, boleh belajar pelahan².. bykkan bertanya orang yg tau
salam..tumpang tanya bro..
simbol $ tu untuk apa,apa fungsinya?
coding yang orang selalu guna untuk buat virus pada file extension bat boleh dimasukkan ke coding php?
jika hubung kait css dan html seperti ini..#header
bagaimana pula hubung kait antara css dan php.?
saya ada domain dan hosting tp x tau pasal php…ada masa 10 bulan utk blajar.. sbb domain tu sy dapat free..
http://polskahackrew.com
terima kasih sudi berkongsi ilmu…