php
Langkah pertama PHP
Posted on .Ok, saya akan mulakan dengan asas-asas PHP terlebih dahulu, takut ada yang masih kosong dengan PHP ni.
Nasihat saya sebelum anda baca dengan lebih lanjut, pastikan anda telahpun faham (40% faham pun tak mengapa) kod HTML, terutamanya HTML Form. Kerana saya yakin anda akan mengalami kesulitan jika anda belum lagi menguasai HTML. Tapi saya yakin bahawa jika anda betul-betul menguasai HTML, anda tiada masalah untuk menguasai PHP.
Lupa pula saya nak memberitahu software yang diperlukan untuk membuat satu web PHP; sama seperti nak buat kek, kita perlukan bahan-bahannya. =) Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak; text editor dan local server. Contoh text editor seperti Dreamweaver, notepad++, PSPad, Kate, dan Emacs, dan contoh local server seperti XAMPP.
Download Notepad++
Download PSPad
Download XAMPP
Selepas installation xampp, buka xampp anda dah tekan Start pada Apache dan MySQL
Akan tetapi jika selepas anda menekan Start Apache tetapi “running” tidak juga keluar, berkemungkinan IIS Windows anda sedang beroperasi. Jadi anda perlu menutup dahulu IIS tersebut.
Proses menutup IIS;
1) Right-click pada My Computer dan tekan Manage
2) Tekan Services, dan cari IIS
3) Right-click pada IIS dan tekan stop
Jika Apache dan MySQL telah beroperasi (terdapat perkataan “running” di tepi setiap service), buka browser anda dan masukkan http://localhost/ . Jika anda mendapat output seperti di bawah, anda telah pun bersedia untuk memulakan script PHP pertama anda!
Video Tutorial
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
Author rosazura
Posted at 8:52 am January 5, 2010.
saya baru nak belajar php ni…saya baru dapat projek from my bos buat online test guna dreamweaver tool pakai php…leh bg idea tak macam mana i nak start this projek…sebelum ni i biasa dengan oracle je
Author mdpai
Posted at 4:50 am January 6, 2010.
kalau dh biasa dengan programming, pttnya takde masalah nak start dengan php.. just buat step² mcm biasa.. plan apa yg nak dibuat, design database punya schema, etc etc. Then baru start develop..
Kalau ada masalah boleh tanya kat sini or tanya terus kat forum tutorialmelayu yang sy sediakan khas utk orang² bertanyakan soalan.. hidup php! =)
Author akmal
Posted at 2:00 am February 10, 2010.
salam,saya nak belajar php untuk buat web,tapi xpandai coding.encik tinggal di mana?ada buat kelas tutorial tak?
Author hana
Posted at 5:00 pm July 16, 2011.
salam…
saya pelajar semester akhir dari poli..sem nie sy kne wat projek..blh x beri cadangan projek ape yg bgus n cara nk bljar guna PHP dengan cepat n senang faham…
terima kasih yer….. 🙂
Author mdpai
Posted at 3:02 pm October 8, 2011.
@akmal : saya kat kota bharu 😀
@hana : cadangan projek tu banyak kalau nak kira, tengok je keliling mesti ada idea.. tapi kalau nak belajar, saya cadangkan buat benda yang dah wujud, so kta boleh belajar dengan compare apa yg kita buat dengan benda yang dah ada.
Author ultraman
Posted at 2:30 pm November 19, 2011.
adoi.. camne nak wat greet org yang da login kat page kite ek? contoh cm da login pastu kire nak display data org tu based on ID ke password ke.. tgk tutorial len xpaham la…
Author ingin blejar
Posted at 4:07 pm January 7, 2013.
ada basic c++, basic java(belajar dalam netbeans), sql(oracle) susah tak nak nak starting belajar php ni 🙁
Author Fairuz
Posted at 4:19 pm January 7, 2013.
oh kalau dah ada basic c++ dengan java, memang super senang nak master php since php ni interpreted language dan dia tak strict typed macam c++ dengan java..
Author ct
Posted at 4:26 pm February 15, 2013.
Salam…
Mcmne nk buat forum gne php?
Apa yg prlu ad…
TQ
Author Fairuz
Posted at 10:56 pm February 23, 2013.
Kenapa nak buat forum? Boleh pakai forum yang dah siap macam phpbb dan sebagainya. Senang, hanya perlu install.
Author jun
Posted at 2:35 pm December 4, 2013.
nanti ta kena tangkap ke,klu guna phpbb
Author Fairuz
Posted at 1:52 pm December 5, 2013.
Kenapa nak kena tangkap?
Author jun
Posted at 5:30 pm December 5, 2013.
sbb phpbb ta de coding kan..
Author Fairuz
Posted at 11:45 am December 9, 2013.
“ta de coding” kurang faham ayat ni. Dalam artikel ni takde sebut pasal phpbb pun.
Author rul
Posted at 10:25 pm January 25, 2014.
saya nak tanaya macam mana nak buat table dr localhost ke dlm coding kite??
Author rul
Posted at 10:27 pm January 25, 2014.
saya xthu [$result = mysql_query(“select* from medice_info”)] nak letak dekat mane?? lg 1 kan sy try buat tp x mjd pon.. dlm interface x msk pon table yg sy buat 2??
Author faizal
Posted at 4:50 pm February 21, 2014.
Salam,
Sy di hendaki membuat satu sistem dimana ianya bertujuan untuk menukar dari sistem manual yang di gunakan kepada cara yang lebih mudah lagi, apakah tools yang saya perlukan untuk membangunkan sesebuah sistem itu..
Author alif
Posted at 7:28 pm February 11, 2015.
aslm..abg boleh tolong sy utk membangunkan projek sy ke…sy tgh bwat projek tahun akhir di adtec…jdi sy perlu guide utk buat sistem login based on website..blh abg tolong sy ke…
Author syieda
Posted at 12:44 am March 12, 2015.
salam saya nak tnya..saya dah ada project php tapi saya lupa mcm mne saya nk import kan project saya tu dlm database supaya sy dpat run balik process dia?? TQ 🙂
Author Nur Ain
Posted at 4:32 pm June 1, 2015.
assalam….saya nk tanya knp ye saya punyer adobe dreamweaver tidak dpt connect dengan database.dye tulis HTTP Error Code 404 File not found.
Author elina
Posted at 10:37 am September 17, 2015.
mcm mne nk run system yg dh di copy letak dlm htdoc. tq localhost/…………………………………
Author zaf
Posted at 12:04 am April 13, 2016.
Localhost/*nama folder*/login.php
Author saiful
Posted at 4:23 pm November 21, 2016.
Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian
Author DAYAH
Posted at 1:53 pm April 3, 2017.
Salam . Boleh tlg guide saya buat any sistem for final project saya tak ?
Author poli
Posted at 9:06 am August 29, 2017.
assalamualaikum macam mana nak paparkan borang-borang yang telah disahkan dan belum disahkan pada satu page dalam php
Author affh
Posted at 9:07 am August 29, 2017.
assalamualaikum macam mana nak paparkan borang-borang yang telah disahkan dan belum disahkan pada satu page dalam php
Author faizal
Posted at 5:38 pm September 17, 2017.
salam..boleh tanye..sy dah buat seperti diatas..selepas itu apa patut sy lakukan> emailkan kembali…
terima kasih
Author zaini
Posted at 6:20 pm July 28, 2020.
Salam. Saya nk buat satu sistem php di mana bila masukkan no ic akan kelular data-data orang tu. Boleh tuan bantu saya mcmana nak buat.
Author zaini
Posted at 6:22 pm July 28, 2020.
Salam…saya nk buat satu sistem php dimana bila msukkan no ic seseorang tu akan keluar data-data yang kita masukkan tu. boleh tuan bantu saya mcmana nak buat.