Tutorial Melayu

Menggunakan PHP CLI di dalam Windows

Introduction

user

Fairuz

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,


LATEST POSTS

Nota: git alias yang biasa digunakan 05th December, 2013

Nota: Android .gitignore 23rd February, 2013

php

Menggunakan PHP CLI di dalam Windows

Posted on .

Jika anda mahu menggunakan PHP CLI untuk:

  • Bake dengan CakePHP
  • atau menggunakan Yiic dengan Yii
  • atau apa-apa sahaja command yang melibatkan php.exe
---------------------------------------------------------------
App : app
Path: /path-to/project/app
---------------------------------------------------------------
Interactive Bake Shell
---------------------------------------------------------------
[D]atabase Configuration
[M]odel
[V]iew
[C]ontroller
[P]roject
[Q]uit
What would you like to Bake? (D/M/V/C/P/Q) 
> 
YiiRoot/framework/yiic webapp demo
Create a Web application under '/Webroot/demo'? [Yes|No]
Yes
mkdir /WebRoot/demo
mkdir /WebRoot/demo/assets
mkdir /WebRoot/demo/css

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari path kepada php.exe. Untuk instalasi Xampp saya, php.exe terletak di C:/xampp/php/. Jika anda tidak menggunakan xampp, php.exe anda berkemungkinan besar terletak pada path yang berlainan.

Untuk Windows 7, pergi ke Control Panel / System / Advanced System Setting / Environment Variables.

Untuk Windows XP, pergi ke Control Panel / System / Advanced / Environment Variables.

Atau anda boleh terus right click pada My Computer dan tekan Properties (untuk Win7 dan WinXP).

Cari Path di bahagian System Variables. Kemudian tambah C:/xampp/php/ pada hujung kandungan yang sedia ada. Pastikan anda memisahkan setiap path dengan ; . Ini contoh Path saya (……… mewakili path-path lain yang sedia ada).

%SystemRoot%\system32;%SystemRoot%;.........;C:\xampp\php\

Tekan Apply atau OK. Restart PC anda.

Buka command prompt anda dan taip php -v. Anda sepatutnya mendapat output seperti di bawah:

C:\Users\mdpai>php -v
PHP 5.3.1 (cli) (built: Nov 20 2009 17:26:32)
Copyright (c) 1997-2009 The PHP Group
Zend Engine v2.3.0, Copyright (c) 1998-2009 Zend Technologies
profile

Fairuz

http://www.tutorialmelayu.com

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,

There are no comments.

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

View Comments (0) ...
Navigation