menulis function php sendiri
Sunday, March 29th, 2009Jika anda masih baru dengan function php, mungkin anda perlu merujuk tutorial ini dahulu.
Untuk menambahkan fungsi dan menjadikan function itu lebih dinamik, kita boleh menambah parameter pada function kita.
Function NamaSaya() di bawah memberi output yang berbeza untuk input yang berbeza.
<?php //function function UcapSelamat($nama) { echo "Selamat Datang ke Tutorial Melayu, $nama! <br>"; } //contoh penggunaan UcapSelamat("mdpai"); UcapSelamat("wan mohd fairuz"); //contoh function lain function Tambah($a, $b){ $c = $a + $b; echo "Hasil tambah $a dan $b ialah $c <br>"; } //contoh penggunaan Tambah(2, 3); Tambah(5, 2); ?> |
Dengan menggunakan function, kita bukan hanya boleh memproses nilai yang terdapat di parameter tetapi kita juga boleh memulangkan nilai tersebut untuk digunakan dalam code seterusnya. Lihat contoh:
<?php //contoh functio function Tambah($a, $b){ $c = $a + $b; return $c } //contoh penggunaan $hasil = Tambah(2, 3); if($hasil >10) echo "Lebih dari 10 <br>"; else echo "Kurang dari 10 <br>"; ?> |
Function merupakan satu alat yang amat berkuasa di dalam PHP. Ianya digunakan dengan meluas di dalam komuniti PHP. Jadi pastikan anda betul-betul faham contoh yang diberikan.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

slm bro..
mcm mn nak buat program sistem inventori guna php
ada login / logout
fungsi:
session,search,display
insert,update,delete…
maklumlh sy br nak bljr php & mysql
cuba tgk disini http://www.ringgittune.com/demo/amir
macam ni keeew?