PHP array
Friday, April 3rd, 2009Array adalah satu struktur yang boleh menyimpan satu atau lebih nilai. Anda boleh andaikan ia sebagai satu variable yang boleh menyimpan pelbagai nilai serentak. Ia sesuai digunakan jika anda ingin menyimpan beberapa nilai mengikut kumpulan yang sama. Untuk contoh, kita andaikan kita mahu menyimpan nama-nama pelajar di dalam array $pelajar.
<?php $pelajar[0] = "abu"; $pelajar[1] = "bedah"; $pelajar[2] = "kasim"; $pelajar[3] = "husin"; $pelajar[] = "mdpai"; $pelajar[] = "mirul"; //output print_r($pelajar); ?> |
Perhatikan bahawa nombor indeks sesuatu array bermula dari 0. Jadi, $pelajar[0] merujuk kepada nilai pertama array $pelajar, manakala $pelajar[3] merujuk kepada nilai ke empat array ini. Jika kita tidak memasukkan apa-apa nilai indeks ke dalam array tersebut, (seperti contoh terakhir di atas) secara automatik, nilai tersebut akan dimasukkan ke nombor indeks terakhir yang kosong. Dalam contoh ini, mdpai akan menjadi nilai ke lima array $pelajar manakala mirul nilai ke enam array $pelajar.
Setiap ahli array boleh dianggap sebagai variable yang berasingan. Lihat contoh di bawah yang menyimpan markah-markah seorang pelajar di dalam satu array dan kemudian mengira purata markah pelajar tersebut.
<?php $markah[0] = 85; $markah[1] = 91; $markah[2] = 50; $purata = ($markah[0] + $markah[1] + $markah[2]) / 3; echo "purata markah $purata "; ?> |
Terdapat satu lagi jenis array yang sering digunakan iaitu associative array. Untuk array jenis ini, kita bagaikan memberikan nama untuk setiap ahli array tersebut. Lihat contoh di bawah untuk lebih memahami konsep associative array.
<?php $markah["matematik"] = 85; $markah["fizik"] = 91; $markah["elektrik"] = 50; $purata = ($markah["matematik"] + $markah["fizik"] + $markah["elektrik"]) / 3; echo "purata markah $purata "; ?> |
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tahu x camner nak wat group untuk satu email? cam kita wat email company tapi nak wat group xtau camner untuk ketua jabatan n ketua bahagian
nyot nyot
apa la yang dinyonyotkan ni.. hehe
Saya dah keliru ni, kenapa coding array yg sy guna ni tidak paparkan semua calon, contoh : calon memohon ada 13 org tp yang dipapar cuma 12 orang je, minta tlg yee…
<?php
include 'connect.php';
$no = 1;
$kodsek= $_GET['no']; //get the nama value from form
$tahun= "2012"; //get the nama value from form
$q = "SELECT * from jos_smka where namasek like '%kodsek%' and tahun like '%$tahun%'"; //query to get the search result
$result = mysql_query($q); //execute the query $q
$data1 = mysql_fetch_array($result);
echo "”;
echo “PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2012 “;
echo “SEKOLAH RANCANGAN KHAS (SRK), KELAS RANCANGAN KHAS (KRK), SEKOLAH “;
echo “MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)”;
echo “.”;
echo ” SENARAI PEMOHON DARI PPD “.$kodsek.” YANG TELAH DISAHKAN OLEH GURU BESAR/PENOLONG KANAN “;
echo “”;
echo ”
Bil
Angka Giliran
Nama Pemohon
namasek
Tarikh Disahkan
M/S 1
M/S 2
M/S 3
M/S 4
Borang
Reset Password
“;
while ($data = mysql_fetch_array($result)) { //fetch the result from query into an array
echo “”.$no.”
“.$data['angkagiliran'].”
“.$data['nama'].”
“.$data['namasek'].”
“.$data['trksahbrg'].”
semak
semak
semak
semak
semak
reset
“;
$no++;
}
echo “”;
?>
<?php
include 'connect.php';
$no = 1;
$kodsek= $_GET['no']; //get the nama value from form
$tahun= "2012"; //get the nama value from form
$q = "SELECT * from jos_smka where namasek like '%kodsek%' and tahun like '%$tahun%'"; //query to get the search result
$result = mysql_query($q); //execute the query $q
$data1 = mysql_fetch_array($result);
echo "”;
echo “PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2012 “;
echo “SEKOLAH RANCANGAN KHAS (SRK), KELAS RANCANGAN KHAS (KRK), SEKOLAH “;
echo “MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)”;
echo “.”;
echo ” SENARAI PEMOHON DARI PPD “.$kodsek.” YANG TELAH DISAHKAN OLEH GURU BESAR/PENOLONG KANAN “;
echo “”;
echo ”
Bil
Angka Giliran
Nama Pemohon
namasek
Tarikh Disahkan
M/S 1
M/S 2
M/S 3
M/S 4
Borang
Reset Password
“;
while ($data = mysql_fetch_array($result)) { //fetch the result from query into an array
echo “”.$no.”
“.$data['angkagiliran'].”
“.$data['nama'].”
“.$data['namasek'].”
“.$data['trksahbrg'].”
semak
semak
semak
semak
semak
reset
“;
$no++;
}
echo “”;
?>
minta maaf, coding yg tlh di attach tu… tak tepat….. jd minta tlg dan bantu saya… codingnya di URL ni http://www.spisarawak.com/spi/mintatlg.txt
@Wanrushdi : Boleh try cek data yang dikembalikan oleh mysql_query. Antara cara saya memastikan query betul atau tidak, saya echo dahulu sql statement itu, kemudian meletakkan hasilnya di dalam phpmyadmin.