php string
Sunday, February 8th, 2009Di dalam post variable yang lepas, kita telah menggunakan function echo untuk output sesuatu kepada browser. Kali ini pula, kita akan memahami dengan lebih lanjut tentang php string. Kita boleh gunakan string untuk output terus kepada browser atau untuk disimpan di dalam variable. Output untuk kedua-duanya adalah sama. Lihat contoh;
<?php $my_string = 'Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com'; echo $my_string; echo 'Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com'; ?> |
Jika anda perasan, dalam post yang lepas saya menggunakan “string saya”, manakala kali ini saya menggunakan ‘string saya’. Kedua-dua cara ini betul tetapi ada sedikit perbezaan yang mana boleh membuatkan anda pening kepala jika tidak digunakan dengan betul.
<?php $bahasa = "melayu"; echo "Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com<br>"; echo 'Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com<br>'; ?> |
Output untuk kod di atas
Tutorial PHP dalam bahasa melayu -www.tutorialmelayu.com Tutorial PHP dalam bahasa $bahasa -www.tutorialmelayu.com |
Variable tidak akan digantikan dengan nilainya jika digunakan di dalam ‘ ‘ !!
Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.


Salam..
Kurang faham dgn kenyataan di bawah.
Saya try letakkan diluar tanda ” “. Memang outputnya tidak keluar tetapi saya tidak pula faham dgn mksud pernyataan di bawah ini. Tolong, jelaskan ye!
Variable tidak akan digantikan dengan nilainya jika digunakan di dalam ‘ ‘ !!
Salam,
Contoh anda ada satu variable $umur = 19
Untuk menggunakan variable ini di dalam echo atau string, ada dua cara;
1) menggunakan concatenation ( . )
echo “Umur saya ” . $umur . ” tahun”;
output: Umur saya 19 tahun
2) Memasukkan variable tersebut terus ke dalam string:
echo “Umur says $umur tahun”
output: Umur saya 19 tahun
Untuk cara ini, anda perlu menggunakan ” ” dan tidak ‘ ‘. Jika anda menggunakan ‘ ‘ :
echo ‘Umur says $umur tahun’
output: Umur saya $umur tahun