Variables
Wednesday, January 28th, 2009Variables = pemboleh ubah. Ia boleh diumpamakan sebagai sebuah bekas yang boleh diisi dengan satu benda yang kita mahu. Secara mudahnya, variable digunakan untuk menyimpan sesuatu nilai (contoh 233 atau “Hello World”). Di dalam PHP, variable mudah dikenali kerana ia bermula dengan tanda $, cthnya $var.
Cuba code di bawah:
<?php $nama = "mdpai"; $umur = 22; echo "Nama saya $nama. Umur saya $umur tahun"; ?> |
Bagaimana saya boleh menggunakan variable?
Mungkin ini soalan yang selalu ditanya oleh anda. Variable memang banyak digunakan di dalam PHP, terlalu banyak. Contoh yang terbaik ialah Form HTML yang mengumpulkan input dari user dan kemudian menggunakan input tersebut di page yang lain.

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.


Salam.saya telah mencuba beberapa kali test ini. Apa yang terjadi, apabila dirunkan saya dapati variable bagi $nama = “mdpai” memerlukan ” ” sebaliknya $umur = 22 boleh menerima tanda” ” atau tidak meletakkan apa-apa tanda.Boleh jelaskan mengapa?
$nama = “mdpai”;
$umur = 22;
echo “Nama saya $nama. Umur saya $umur tahun”;
?>
Salam,
Ini merupakan data types yang berlainan dalam php (rujuk http://php.net/manual/en/language.types.php).
“22″ atau “mdpai” merupakan PHP String dimana ia digunakan untuk menyimpan susunan huruf-huruf.
22 atau 13 atau nombor-nombor lain adalah PHP integer di mana ia boleh digunakan untuk membuat kiraan aritmetik seperti 2 + 2.
echo 2 + 2 akan memberikan output 4. Manakala echo “2″ + “2″ akan memberikan output 0 kerana “2″ adalah huruf “2″ bukannya nombor 2.