Query String

Wednesday, April 1st, 2009

Query string merupakan satu cara untuk kita menyimpan sesuatu nilai variable di dalam URL. Contohnya www.tutorialmelayu.com/index.php?variable1=nilai1. Dalam contoh ini, kita menyimpan nilai1 di dalam variable bernama variable1. Untuk menggunakan variable ini, kita hanya perlu menggunakan variable super global $_GET

Contoh URL
www.domain.com/pageA.php?nama=mdpai&umur=23

pageA.php

1
2
3
<?php
echo "Hi $_GET['nama'], anda berumur $_GET['umur'] tahun ...";
?>

Output bagi kod di atas : Hi mdpai, anda berumur 23 tahun …
Untuk menggunakan query string ini, pastikan anda mengikut syntaxnya yang betul

www.domain.com/pageA.php?nama=mdpai&umur=23

  • Perhatikan saya meletakkan tanda ? selepas nama page.
  • Variable-variable dipisahkan oleh tanda &

Salah satu contoh biasa penggunaan query string adalah untuk membuat include page-page PHP yang berlainan. Lihat contoh berikut.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
<?php
switch($_GET['page']) {
case 'hello':
include('hello.php');
break;
case 'about':
include('about.php');
break;
case 'links':
include('links.php');
break;
default:
include('main.php');
}
?>

Jika anda menghadapi masalah dengan switch dan include, rujuk tutorial ini dan tutorial ini.
Bergantung kepada nilai $_GET['page'], code PHP di atas akan membuat include page PHP tertentu.

Sebagai contoh, www.domain.com/pageB.php?page=about akan memasukkan about.php ke dalam pageB.php anda.
Contoh lain, www.domain.com/pageB.php?page=apaapajela akan memasukkan main.php ke dalam pageB.php anda memandangkan apaapajela.php tidak dinyatakan di dalam penyata switch anda.

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ..

ABOUT THIS AUTHOR

Masters in Electronics, Embedded System Engineering, Polytech'Nice Sophia, France

Leave a Reply