Memasukkan external script ke dalam wordpress

Thursday, January 29th, 2009

Untuk wordpress 2.7, anda boleh memasukkan script javascript dari site-site social seperti mybloglog dengan senang tanpa perlu mengubah file theme anda. Saya akan memberikan anda contoh memasukkan code widget dari MyBlogLog.

mybloglog2

Langkah pertama, pergi Appearance -> Widget. Anda akan mendapati terdapat senarai widget yang boleh anda terus gunakan untuk sidebar anda. Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan widget Text.

text

Tekan add pada widget Text ini, dan anda akan lihat widget ini ditambah di bahagian kanan page anda. Tekan edit. Masukkan tajuk widget anda, sebagai contoh saya memasukkan MyBlogLog. Anda boleh memasukkan apa sahaja anda suka di ruangan tajuk ini. Kemudian di ruangan kedua, masukkan kod MyBlogLog anda. Kemudian tekan Done.

mybloglog

Jangan lupa untuk menekan Save Changes sebelum anda cuba preview hasilnya di browser anda. Contoh yang saya berikan ini tidak terhad kepada MyBlogLog sahaja, anda boleh memasukkan apa sahaja di widget Text ini, radio online, adsense, rss reader, ramalan cuaca, etc. Selamat mencuba!

wordpress-logo

Share

Selamat mencuba! Jika anda mempunyai soalan mengenai tutorial ini, sila kemukakan di ruangan di bawah. Untuk soalan lain yang berkaitan dengan aturcara web atau jika anda mempunyai pandangan/idea untuk tutorial baru, e-mail saya di wanmohdfairuz@mckk9903.com atau kemukakan pandangan/soalan anda di dalam forum tutorialmelayu di http://www.tutorialmelayu.com/forum.
Daftar percuma di sini.

tagged under: ...

ABOUT THIS AUTHOR

System Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
  1. February 9, 2009 at 10:42 am

Leave a Reply

Tutorial php,mysql,javascript,css,html bahasa melayu