Wordpress
[WordPress] An Unexpected HTTP Error occurred during the API request
Posted on .Error “..An Unexpected HTTP Error occurred during the API request..” ini jarang terjadi dan mengikut teori saya, ianya hanya terjadi pada wordpress yang diinstall di dalam server yang sibuk sahaja (atau server yang lembap). Penyebab kepada error ini adalah proses request API plugin dari server wordpress melebihi masa yang ditetapkan di dalam file konfigurasi (selalunya 5 saat). Jadi jika request ini melebihi 5 saat, request tersebut akan ditamatkan dan error “..An Unexpected HTTP Error occurred during the API request..” akan dipaparkan.
Jadi salah satu cara mudah untuk mengatasi masalah ini adalah menukar jangka masa 5 saat tersebut dengan satu angka yang lebih lama, contohnya 30 saat. Buka wp_include/http.php pada line 223 (atau sekitar line ini):
'timeout' => apply_filters( 'http_request_timeout', 5),
Tukar sahaja 5 kepada 30 atau angka yang anda suka.
'timeout' => apply_filters( 'http_request_timeout', 30),
Selamat mencuba!
Fairuz
http://www.tutorialmelayu.comSystem Engineer (Texas Instruments France), Masters in Electronics , Embedded System Engineering,
There are no comments.